seismik

Budak Lelaki Ini Tak Serik Jaga 'Kucing Jalanan' Walaupun Luka Teruk Dicakar. Respect!

Habis muka dia dicakarnya.

Cover image via Achiek Lieya (Facebook)

Kucing merupakan haiwan yang comel dan manja serta mudah untuk disayangi

Telatah si comel ini pasti akan membuatkan kita tidak berasa sunyi dan keseorangan ketika bersama mereka.

Menjaganya juga merupakan satu cabaran kerana kadang kala mereka boleh bertindak ganas di luar kawalan.

Tular baru-baru ini beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman Facebook menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang wajahnya dipenuhi dengan cakaran kucing liar.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Masih sayangkan si comel walaupun muka dipenuhi dengan cakaran

Menerusi perkongsian di Facebook milik ibunya, wanita itu memberitahu anaknya dicakar oleh kucing liar selepas haiwan tersebut datang mendekatinya selepas dipegang secara spontan.

Namun, nasib tidak berpihak kepada kanak-kanak yang berusia 9 tahun itu setelah dia dicakar dengan teruk oleh haiwan tersebut.

Tetap mahu memberi makanan kepada kucing liar

Malah, kejadian itu sedikit pun tidak membuatkan dia benci terhadap haiwan itu. Menerusi sebuah posting oleh ibunya, dia dilihat sedang memberi makanan kepada kucing-kucing itu walaupun dirinya dalam keadaan sakit.

"Anak bertuah sungguh, walaupun muka dah teruk kena cakar dek kucing, Adam tetap nak sayang kucing juga. Walaupun sakit tetap punya kasih sayang pada kucing," katanya.

Luka cakaran kucing di muka semakin pulih dan baik

Ibunya juga memberitahu luka pada muka anaknya itu kini semakin beransur pulih dan dia juga berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan anaknya itu.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 753 likes, 1.3K comments dan 3.6K shares.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terkejut melihat kejadian itu dan mereka kagum dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak lelaki berkenaan

Terbaiklah adik ni, dah kena cakar banyak kali pun still sayang kucing-kucing tu :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: