seismik

[VIDEO] Wanita 'Bantai' Kucing Bunting Dengan Besi Sampai Mati Kini Ditahan Polis. Kejam!

Tergamaknya, apalah dosa kucing itu.

Cover image via Pian Kojek (Facebook)

Seorang wanita warga emas tergamak memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi sehingga salah seekor daripada kucing yang sedang bunting mati

Menurut laporan, wanita berusia 51 tahun itu bertindak demikian kerana berang dengan kucing-kucing terbiar berak di luar pintu rumah pangsanya di Seberang Jaya.

Walau bagaimanapun, suspek kini telah pun ditahan polis untuk membantu siasatan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 petang semalam (Selasa) di kawasan perumahan di Jalan Pintas Kaloi, Seberang Jaya.

Wanita terbabit bertindak memukul kucing dengan besi ketika sedang diberi makan oleh rakan pengadu

Menurut saksi yang menyaksikan kejadian, wanita itu turun dari rumah pangsa Pintas Kalui 1 dan marah apabila melihat beberapa kucing terbiar diberi makan sekumpulan individu.

Dia kemudian menuju ke keretanya untuk mengambil sebatang besi sebelum ‘menyerang’ kucing-kucing malang itu.

Seorang saksi, berkata wanita itu tidak menunjukkan belas kasihan dan terus 'mengganyang' kucing-kucing itu sehingga mereka tidak lagi mampu bergerak.

“Walaupun kami memberitahu wanita itu apa yang dia lakukan salah, dia hanya mengatakan ‘anda boleh melaporkan saya’,” kata seorang lelaki berusia 20-an yang berada di tempat kejadian.

Keadaan kucing selepas 'dibantai' oleh suspek.

Image via FMT Malaysia

Polis menerima laporan bahawa wanita itu sendiri dipukul oleh beberapa orang awam yang marah dengan tindakan zalimnya itu

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pengadu bersama rakan mendengar wanita terbabit merungut mengenai beberapa kucing yang membuang najis di hadapan rumahnya.

"Didapati kucing berkenaan yang bunting mati manakala seekor lagi cedera di mulut.

"Pengadu turut menghubungi Jabatan Veterinar bagi mengambil kucing itu sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jalan Bukit Tengah untuk diberi rawatan," katanya.

Kes berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Veterinar dan disiasat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: