Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] "Mengarut Betul" - Tular Remaja Gaduh Tarik Rambut Member Sebab Abang Angkat

Tak ada belas kasihan langsung.

Cover image via @4rshrf (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Masalah sosial dalam kalangan remaja semakin berleluasa dan membimbangkan

Pelbagai aksi berani yang boleh dilihat daripada mereka yang tular di media sosial. Tindakan dan perangai segelintir remaja seolah-olah mencerminkan mereka tidak menerima pendidikan yang sewajarnya.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter yang memaparkan sekumpulan remaja bergaduh disebabkan cemburu curi tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Diyakini berpunca daripada isu cemburu terhadap 'abang angkat'

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang remaja perempuan yang berbaju kuning bergaduh dengan rakannya yang berbaju hitam.

Apa yang lebih megejutkan adalah apabila remaja itu bertindak untuk menyeret dan menarik rambut rakannya itu. Tindakan remaja itu seolah-olah tidak mempunyai akhlak dan sifat belas kasihan. Manakala, rakannya yang lain berdiri di tepi sambil melihat pergaduhan itu.

Menurut sumber, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan akibat kejadian tersebut. 

"Aku paling jahat dulu pun tukar nama buku member yang dah siap homework" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dengan mangsa. Malah, ramai yang menyakat pelaku dan mendoakan supaya pelaku menerima hukuman yang setimpal.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat sebanyak 2M tontonan, 35K retweets, 26K quote tweets, dan 49K likes di Twitter.

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di Twitter: 

Kes tersebut telah disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment