[VIDEO] Pemuda Sebak Tak Sangka Keluarga Hadiahkan Motosikal Baharu Lepas Dapat Lesen
Rezeki dia dapat hadiah tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebiasaannya, setiap kali hari jadi kita pasti ada mendapat hadiah atau ucapan tidak kira daripada sesiapa pun
Apa yang membuatkan hari jadi kita lebih menarik adalah ketika kita mendapat hadiah, pasti seronok rasanya.
Namun, hadiah apa itu terpulang kepada individu masing-masing. Kadang kala kita sendiri pun tidak sangka akan mendapat hadiah sebegitu rupa betul tak?
Sama seperti video yang tular di TikTok ini memaparkan seorang pemuda tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja menerima hadiah idamannya.
Image via @massmurnie (TikTok)
Keluarga surprise hadiah motosikal untuk birthday
Menerusi video di akaun TikTok @massmurnie, kelihatan sebuah keluarga sedang makan di sebuah restoran steamboat untuk menyambut hari jadi ahli keluarga mereka.
Dapat dilihat, pemuda berkenaan telah menerima banyak hadiah daripada ahli keluarganya. Namun, dia berasa terharu dan sebak apabila melihat salah satu hadiah kotak kecil yang berisi sebuah kunci motosikal.
Dia kemudian mula mengalir mata dan memeluk ibunya. Dia juga tidak menahan sebak selepas mengetahui hadiah berkenaan adalah motosikal idamannya.
Difahamkan, pemuda itu baru sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan telah berjaya mendapatkan lesen motosikal baru-baru ini.
Lihat video di bawah:
Mesti dia anak yang baik sampai dapat hadiah motosikal tu :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment