[VIDEO] Pengapit Buat Hal Kipas Diri Sendiri, Pengantin Jalan Ke Depan Dulu. Lawak!
Panas sangat agaknya tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti biasa, setiap kali tibanya waktu cuti sekolah, pasti ramai yang mengadakan majlis perkahwinan
Ini kerana waktu cuti sekolah saja yang dapat mengumpulkan kesemua sanak saudara untuk meraikan majlis kenduri pengantin dengan meriah.
Maka, banyak juga kejadian lucu yang dirakam semasa majlis berlangsung dan dikongsikan dalam media sosial.
Sama seperti sebuah video ini yang memaparkan gelagat seorang pengapit lelaki yang mengipas dirinya sendiri telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba kipas diri sendiri biarkan pengantin jalan seorang-seorang dekat depan
Menerusi video yang dikongsi oleh @puannony, kelihatan rombongan pengantin lelaki sedang menuju ke tempat pengantin perempuan di sebuah kawasan perumahan dalam kampung.
Apa yang mencuit hati ramai adalah apabila pengapit kepada pengantin lelaki itu hanya mengipas dirinya sepanjang perjalanan tersebut tanpa menghiraukan pengantin.
Rakaman itu membuatkan ramai ketawa kerana pengapit itu seolah-olah terlalu panas sehingga tidak sedar dia mengipas dirinya saja.
Image via @puannony (TikTok)
"Ni last dia dapat kerja pengapit. Lepas ni tak dapat job dah" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 234.6K tontonan, 7.5K tanda suka dan 266 perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pengapit itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @puannony (TikTok)
Image via @puannony (TikTok)
Image via @puannony (TikTok)
Image via @puannony (TikTok)
Image via @puannony (TikTok)
Image via @puannony (TikTok)
Image via @puannony (TikTok)
Image via @puannony (TikTok)
Image via @puannony (TikTok)
Image via @puannony (TikTok)
Mesti pengantin lelaki tu menyesal ambil dia jadi pengapit kan :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment