[VIDEO] Ramai Terpegun Dengar Suara Pengumuman Wanita 'MRT' - "Ini Rupa Orangnya"
Memang sebiji lah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi anda yang sering menggunakan kenderaan awam perlulah sentiasa peka dengan stesen mana yang perlu anda berhenti bukan?
Hal ini supaya anda tidaklah terlepas ke stesen yang lain nanti. Jadi, anda perlu mendengar pengumuman dan laluan seterusnya untuk berhenti.
Suara pengumuman juga pasti anda sudah familiar mendengarnya betul tak? Iyalah, kalau sudah hari-hari menaikinya. Pasti sudah terbiasa dengar suaranya.
Namun, pernahkah anda melihat individu di sebalik pengumuman di dalam Mass Rapid Transit (MRT) ini?
Baru-baru ini, penyanyi Atilia Haron berkongsi suara di sebalik pengumuman di MRT.
Image via @atiliaharon (TikTok)
Ramai suka dengar suara wanita berkenaan
Menerusi video tersebut, penyanyi Atilia Haron telah mendedahkan pemilik suara disebalik pengumuman dalam MRT yang sering anda naiki.
Kata Atilia, jika ramai yang terpegun dengan suaranya di dalam iklan-iklan, ramai orang pasti terpegun dengan suara yang satu ini.
Dia kemudian terus mengalihkan kamera dan menunjukkan wanita itu. Apa yang membuat ramai terkejut adalah rupa-rupanya wanita itu adalah individu disebalik suara pengumuman di dalam MRT.
"Legendary", kata Atilia.
Lihat video itu di bawah:
Memang sama betul lah macam dalam MRT! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment