"Bila Ada Online Class Masa Kerja" - Rider Ini Sanggup Melutut Atas Tanah Nak Hadir Kelas
Salute habis!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum ketahui, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) masih dilaksanakan di negara kita
Kerajaan menyarankan masyarakat untuk duduk di rumah demi mengurangkan penularan wabak penyakit Covid-19. Oleh sebab itu, kebanyakan pekerja kini dilihat sudah mula bekerja dari rumah. Begitu juga dengan para pelajar, mereka hanya perlu menghadiri kelas secara dalam talian.
Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang remaja lelaki yang bekerja sambilan sebagai food rider itu menghadiri kelas online curi tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Gigih melutut atas tanah sambil catat nota semasa menghadiri kelas online
Menerusi video yang dimuat naik oleh @anak_ronaldo di TikTok, kelihatan seorang pelajar lelaki sedang menghadiri kelas online.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia yang beruniform baju foodpanda itu melutut atas tanah kerana tidak mempunyai kerusi sambil mencatat nota di dalam bukunya.
Image via @anak_ronaldo (TikTok)
Image via @anak_ronaldo (TikTok)
Image via @anak_ronaldo (TikTok)
Image via @anak_ronaldo (TikTok)
"Kalau macam ni, mesti cikgu sayang. Semoga berjaya dunia akhirat. Sejuk perut mak pak" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen teruja dengan kegigihan pelajar itu. Malah, ramai yang mendoakan agar dia berjaya dan dipermudahkan urusan.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah pun meraih 321K tontonan, 41K tanda suka dan 3K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @anak_ronaldo (TikTok)
Image via @anak_ronaldo (TikTok)
Image via @anak_ronaldo (TikTok)
Image via @anak_ronaldo (TikTok)
Image via @anak_ronaldo (TikTok)
Semoga adik dipermudahkan segala urusan. Terbaik dik, memang salute! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment