[VIDEO] Salah Faham Dengar Pickup Line, Wanita Ini Sampai 'Tobek' Rambut Pelanggannya
Itulah syok sangat dengan pickup line kan.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Rambut merupakan perkara penting yang perlu dijaga penampilan diri kita
Tambahan lagi, buat kaum lelaki. Bagi mereka rambut ialah mahkota perhiasan yang perlu dijaga dengan rapi dan bergaya.
Lihat saja sekarang, pelbagai trend potongan rambut yang menjadi kegilaan ramai orang. Sampai ada sesetengah orang yang mahu mengikuti rambut seperti selebriti idaman mereka.
Jadi, tidak hairanlah mengapa kedai gunting rambut penuh dek kerana trend, lebih-lebih lagi dengan pembukaan semula operasi kedai gunting rambut setelah sekian lama terpaksa ditutup.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini memaparkan seorang lelaki sedang gunting rambut mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terus tersalah potong rambut lepas dengar pickup line yang diberi
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Yatt sedang memotong rambut salah seorang pelanggan di salon miliknya.
Tetapi, ketika sedang asyik memotong lelaki itu memberikan pelbagai pickup line kepada wanita tersebut.
Apa yang lebih melucukan adalah ketika wanita berkenaan sibuk mencukur di bahagian tepi sideburn lelaki itu, dia dengan tidak semena-mena melakukan kesilapan sebaik saja lelaki itu memberikan pickup line kepadanya.
Disebabkan itu, bahagian tepi rambut lelaki itu terlihat sedikit botak dek kerana insiden itu. Malah, dia tidaklah marah wanita berkenaan dan masih meneruskan pickup line kepada wanita itu.
Image via @yatt_mustafa (TikTok)
"Bayangkan dia buat pickup line lepastu Kak Yatt buat tak kisah dekat dia. Naya oi" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.
Malah, ramai yang menganggap lelaki itu sememangnya mencuit hati dan pandai bergurau. Ada juga yang berpendapat dia bernasib baik kerana hanya sedikit saja kesan botak itu di rambutnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 197.7K views, 14.3K likes dan 242 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @yatt_mustafa (TikTok)
Image via @yatt_mustafa (TikTok)
Image via @yatt_mustafa (TikTok)
Image via @yatt_mustafa (TikTok)
Image via @yatt_mustafa (TikTok)
Aduhai, nasib baik dia tak marah walaupun rambut dia dah botak sikit :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment