[VIDEO] Kedut Punya Pasal, Gadis Ini Sanggup 'Iron' Balik Tudung Masa Tengah Pakai
The struggle is real.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perempuan yang bertudung pastinya faham betapa susahnya bila bentuk tudung mereka tidak menjadi, mesti rasa bad mood je sepanjang hari
Seperti yang kita tahu tudung yang kita pakai terdapat pelbagai jenis fabrik yang digunakan, sebagai contoh, cotton, satin silk dan banyak lagi.
Tahap kesukaran itu pasti ada, lebih-lebih lagi bagi kain jenis satin kerana ia sangat mudah berkedut walaupun baru saja dipakai.
Begitulah situasi yang dialami oleh seorang gadis ini apabila videonya tular di TikTok kerana dia sanggup menggosok tudung yang berkedut walaupun sedang memakainya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dah pakai tudung sekali nampak ada kedut dekat beberapa bahagian
Menerusi video tersebut, kelihatan gadis itu sedang menggosok tudung yang baru saja dipakainya di atas iron board.
Apa yang membuatkan dia merasa tidak puas hati adalah apabila dia terlihat beberapa kedutan yang masih ada pada tudung berkenaan.
Malah, dia juga dilihat tidak menanggalkan langsung tudung tersebut kerana sudah cantik terbentuk di muka. Tetapi, tindakannya itu tidak berjaya kerana masih kelihatan kedutan pada tudung tersebut.
Dia juga kelihatan seperti sudah berputus asa selepas ibunya meminta untuk biarkan saja kedutan itu di tudungnya.
"Aku ingat aku je selalu yang buat macam ni" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video tersebut.
Malah, ramai yang dapat relate situasi itu dengan mereka. Ada juga yang berkongsi pengalaman sama memakai tudung satin yang sememangnya susah dijaga.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 361.3K views, 49.4K likes dan 371 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: