seismik

"Harga Dia MashaAllah" - Netizen Persoal Selipar Neelofa Yang Dikatakan Muslim Friendly

Hmm korang rasa?

Cover image via @neelofa (Instagram) & Mashable SEA

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je yang tak kenal dengan selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa bukan?

Baru-baru ini kecoh mengenai isu kontroversinya yang dikatakan melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana telah merentas negeri. Tetapi, dia menafikannya dan memberitahu itu semua adalah kerana atas urusan kerja.

Namun, namanya kembali menjadi perbualan hangat apabila dia baru saja melancarkan produk terbarunya iaitu selipar yang dikatakan 'muslim friendly' bersama jenama selipar tempatan terkenal iaitu Fipper pada 5 April lalu.

Lihat perkongsian penuh itu di bawah:

Jual selipar yang dikatakan muslim friendly tapi ramai yang mempersoalkan

Difahamkan selipar berkenaan dijual dengan harga RM79.90 sepasang. Harga tersebut mengundang kecaman kerana dirasakan mahal oleh sesetengah individu.

Malah, ramai juga yang mempersoalkan di mana letaknya kegunaan 'muslim friendly' tersebut. Disebabkan itu, pihaknya telah mengeluarkan satu kenyataan untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Mereka memberitahu bahawa selipar berkenaan sesuai untuk kegunaan muslimah yang memakai stokin kerana produk mereka sebelum ini kurang bersesuaian dengan imej muslimah yang berstokin.

Lihat perkongsian penuh itu di bawah:

"Mesti selipar ni serba salah nak jejak tandas" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberi kecaman kepada produk terbabit.

Malah, ramai yang berpendapat harganya sangat mahal untuk sepasang selipar. Masih ramai juga yang mempersoalkan di mana letaknya 'muslim friendly' itu.

Ketika artikel ini di tulis, perkongsian berkenaan telah meraih 701 retweets, 535 quotes tweets dan 940 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: