[VIDEO] Sampah Susah Nak Buang & Berterabur, Pekerja Ini Minta Orang Ramai Sedar
Banyak betul sampah tu.
Umum mengetahui, kita perlu membuang sampah ke dalam tong sampah untuk menjaga kebersihan alam sekitar
Meskipun begitu, ramai yang tidak mempunyai pengurusan sampah dengan betul dan gagal mengamalkan rutin ini setiap hari menyebabkan mereka membuangnya begitu sahaja.
Terbaru, tular dalam Twitter apabila sebuah video yang menunjukkan seorang pekerja kebersihan berkongsi sebuah video telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pesan supaya ikat dulu plastik sebelum buang dalam tong sampah
Menerusi ciapan berkenaan, kelihatan seorang pekerja kebersihan sedang mengangkat tong sampah untuk dibuang ke dalam lori.
Dapat dilihat dalam video berkenaan, lelaki tersebut mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang tidak pandai mengikat sampah ke dalam plastik dan membuangnya begitu sahaja ke dalam tong.
Sampah-sampah yang dibuang begitu sahaja telah menyebabkan ia berterabur dalam tong tersebut dan susah untuk dibuang.
Sisa-sisa sampah itu dilihat susah untuk dikeluarkan kerana tersekat.
Oleh itu, lelaki berkenaan telah meminta semua untuk membuang sampah ke dalam plastik dan mengikatnya dengan kemas supaya tidak berterabur.
"Kalau nak tong sampah tu tahan lama, tak cepat reput, jangan lupa basuh selepas kutipan ya. Sebab air sampah ni macam asid yang boleh hakis tong korang tu," katanya.
Image via @ricxxxkiddo (Twitter)
Image via @ricxxxkiddo (Twitter)
"Itulah, kalau boleh asingkan lah sisa makanan dalam plastik lain" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 14.4K views, 507 likes dan 13 comments di Twitter, rata-rata netizen turut berang dengan situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen netizen di Twitter:
Image via @ricxxxkiddo (Twitter)
Image via @ricxxxkiddo (Twitter)
Image via @ricxxxkiddo (Twitter)
Sebelum buang tu kalau boleh ikatlah dulu supaya senang mereka nak kutip :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment