Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Sempat Cium Kening Walaupun Tengah Marah, 2 Ekor Kucing Ini Buat Ramai Dekah!

Apa yang marah sangat tu? Kes curang ke :P

Cover image via @fxkhrudeen (Twitter)

Aksi kucing bergaduh berebut makanan sering menjadi perhatian ramai di laman sosial

Kebiasaannya kita tengok kucing gaduh bercakaran, tetapi kali ini sedikit berbeza kerana salah seekor kucing siap menjerit panggil 'woi' gara-gara keningnya dicium pasangan.

Baru-baru ini, tular satu video di laman sosial Twitter dan mendapat perhatian warganet apabila dua ekor kucing bergaduh tanpa diketahui sebabnya kerana salah seekor kucing tersebut seolah-olah kesakitan.

Lihat video itu di bawah:

Video itu dirakam spontan oleh seorang pengguna Twitter dan mendapat hampir 197,000 tontonan serta 14,700 likes

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, dua ekor kucing tersebut seperti sedang bergaduh dan salah seekor daripadanya seperti sedang mencium kening kucing yang sedang menjerit itu.

Tanpa diketahui punca pergaduhan, warganet menganggap kucing itu seakan memberi amaran kepada pasangannya supaya jangan mencium kening tetapi pasangannya tetap melakukan hal yang sama.

Video itu mencetuskan dekah warganet apabila di akhir video tersebut, kucing itu mengamuk sehingga berdiri dan menjerit sekuat hati menunjukkan ia betul-betul marah.

Image via @fxkhrudeen (Twitter)

Ada yang siap translate dialog kucing itu seperti suami isteri yang sedang bergaduh

Terhibur dengan aksi dua ekor kucing itu, video itu meraih sehingga 9,400 retweets dan lebih 1,000 komen daripada warganet.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Image via @fxkhrudeen (Twitter)

Image via @fxkhrudeen (Twitter)

Image via @fxkhrudeen (Twitter)

Image via @fxkhrudeen (Twitter)

Image via @fxkhrudeen (Twitter)

Image via @fxkhrudeen (Twitter)

Image via @fxkhrudeen (Twitter)

Image via @fxkhrudeen (Twitter)

Image via @fxkhrudeen (Twitter)

Image via @fxkhrudeen (Twitter)

Adoi, lain kali jangan gaduh kat luar. Kan dah kantoi ada masalah rumah tangga :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment