[VIDEO] "Shah Alam Dia Punya" - Lelaki Tertarik Tengok Nama Pekerja Bangladesh Ini
Kebetulan pula sama ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap orang mempunyai keunikan nama masing-masing dengan maksud yang berbeza
Pemilihan nama adalah sangat penting kerana kadang kala ia membawa maksud daripadanya. Kita boleh lihat hari ini pelbagai nama yang ada di dunia.
Seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki terjumpa dengan seorang pekerja Bangladesh kerana tertarik dengan namanya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tengah isi minyak sekali terbaca nama pekerja yang bertugas
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki semasa itu sedang berada di salah sebuah stesen minyak di Shah Alam.
Dia kemudian didatangi seorang pekerja warga Bangladesh yang mahu membersihkan cermin keretanya.
Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah lelaki tersebut sempat membaca nama pekerja terbabit yang kebetulan sama dengan kawasan yang dia sedang berada.
Kejadian itu membuatkan dia tergelak kecil sambil bergurau menanyakan beberapa soalan kepada pekerja berkenaan kerana namanya Shah Alam.
Image via @akutaksempurna5767 (TikTok)
Image via @akutaksempurna5767 (TikTok)
"Ini baru boleh claim Shah Alam tu dia punya" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video terbabit. Malah, ada juga yang sempat berkongsi pengalaman sama mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 203.5K views, 13.7K likes dan 685 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @akutaksempurna5767 (TikTok)
Image via @akutaksempurna5767 (TikTok)
Image via @akutaksempurna5767 (TikTok)
Image via @akutaksempurna5767 (TikTok)
Image via @akutaksempurna5767 (TikTok)
Kebetulan pula nama dia sama dengan nama tempat ya :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment