[VIDEO] Si Bulus 'Terkedu' Tengok Baby Baru, Reaksi Kucing Ini Jadi Perhatian Ramai
Kemain dia tenung ya!
Kucing merupakan salah satu haiwan yang paling digemari ramai
Bagi segelintir pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, pasti mereka akan memelihara kucing sebagai penyeri di rumah.
Iyalah, belum ada rezeki untuk dikurniakan cahaya mata jadi memelihara si bulus boleh jadi peneman di kala sunyi.
Tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seekor kucing menunjukkan reaksi merajuk dan terkejut sebaik sahaja melihat kedatangan orang baru telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buat muka merajuk lepas tengok baby
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aribahmua, kelihatan dia menunjukkan gelagat kucing peliharaannya ketika dia membawa pulang anaknya yang baru sahaja lahir di rumah.
Ketika membawa pulang anaknya, reaksi kucingnya seolah-olah terkejut melihat kedatangan 'orang baru'.
Bukan sahaja terkejut, malah si bulus itu turut ikut kemana-mana sahaja anaknya berada.
Image via @aribahmua (TikTok)
"Sebijik macam meow saya bila saya beranak haha. Lepastu sejak bersalin dah tak ada dah dia nak manja-manja dengan saya, merajuk gamaknya" - Netizen
Ketika menulis artikel ini, video tersebut mencecah sebanyak 3.5M views, 500.2K likes serta 5,216 shares di TikTok. Rata-rata netizen terhibur dan memuji kecomelan si bulus itu.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @aribahmua (TikTok)
Image via @aribahmua (TikTok)
Image via @aribahmua (TikTok)
Image via @aribahmua (TikTok)
Image via @aribahmua (TikTok)
Muka merajuk tu main peranan ya! :P
Image via Giphy
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment