Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Suami Buat Surprise, Isteri Menangis Tak Sangka Dapat 'Rantai Emas' Dalam Air Batu

Suami dia punya sweet memang to the next level!

Cover image via @aien_suraya (TikTok)

Mempunyai suami yang sweet dan pandai membuat surprise adalah menjadi impian bagi setiap isteri di luar sana

Dalam rumah tangga, kita harus menghargai pasangan dengan memberikan mereka kejutan sebagai tanda kita hargai hubungan yang telah lama dibina. Tambahan lagi jika usia perkahwinan itu sudah bertahun-tahun lamanya.

Kadangkala kita tidak perlu memberikan hadiah yang mahal-mahal, cukup sekadar mampu membuatkan si dia tersenyum bahagia pun sudah memadai. Bukan apa, ianya untuk menumbuhkan lagi rasa cinta antara suami dan isteri.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman sosial TikTok apabila seorang wanita memuat naik perkongsian videonya mendapat surprise rare daripada suami tercinta.

Lihat perkongsian video itu di bawah:

Ingatkan suami bergurau suruh pergi ke dapur tengok apa yang ada, rupa-rupanya buat kejutan siap sorok rantai emas dalam air batu

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Aien menceritakan bagaimana dia menerima kejutan yang tak disangka itu daripada suaminya.

Terdahulu, suaminya tiba-tiba bertanya di WhatsApp tentang barang kemas mana yang dia suka. Aien yang hanya berfikir suaminya cuma bergurau tidak memandang serius akan permintaan suami yang menyuruh dia ke dapur untuk tengok apa yang ada dalam bekas berwarna putih.

Dia kemudiannya menurut saja apa yang disuruh dan sebaik saja dia melihat bekas putih itu, dia bergegas cairkan air batu dan terkejut apabila melihat seutas rantai emas di dalamnya.

Image via @aien_suraya (TikTok)

"Tahniah sebab awak dapat suami yang pandai menghargai. Lebihkan isteri pasti murah rezeki" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 145.2k views dan 5,800 likes di TikTok.

Aien yang memuat naik video tersebut dengan kapsyen "terima kasih sayang buat I menangis lagi" telah mendapat banyak komen positif daripada netizen. Rata-rata mereka turut terharu dengan kejutan daripada suami Aien itu yang dianggap sangat sweet.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @aien_suraya (TikTok)

Image via @aien_suraya (TikTok)

Image via @aien_suraya (TikTok)

Image via @aien_suraya (TikTok)

Image via @aien_suraya (TikTok)

Image via @aien_suraya (TikTok)

Image via @aien_suraya (TikTok)

Image via @aien_suraya (TikTok)

Image via @aien_suraya (TikTok)

Image via @aien_suraya (TikTok)

Isteri mana yang tak happy dan terharu bila dapat surprise macam ni kan? Untung empunya badan! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment