[VIDEO] Wanita Tetap Cantik Di Hari Nikah Walaupun Wajahnya Cacat Akibat Insiden Enjin Bot
Semua orang cantik. Siapa kita nak menilai seseorang?
Jika dilihat pada hari ini ramai orang lebih suka memilih paras rupa untuk jadikan seseorang itu sebagai peneman hidup
Namun, wajah yang cantik bukanlah pengukur kebahagiaan sesebuah rumah tangga dan tidak akan menjamin apa-apa jika rupa saja cantik tetapi sikap peribadi di sebaliknya.
Meskipun itu, ada juga insan yang berhati nurani menerima pasangannya kerana hati yang baik dan bukan hanya memandang rupa paras semata-mata.
Sama juga seperti kisah pasangan dari Indonesia ini yang viral di TikTok apabila pengantin perempuan itu memuat naik videonya selfie bersama suami semasa hari pernikahan mereka.
Lihat video itu di bawah:
Viral selepas muka disolek pada hari pernikahan dan dipuji cantik walaupun wajah cacat kekal akibat satu insiden
Menerusi video yang berdurasi 5 saat itu, kelihatan wanita yang bernama Ayu sangat bahagia di hari perkahwinan bersama suaminya.
Biarpun wajahnya mengalami kecacatan kekal akibat terkena enjin bot semasa bersekolah menengah dulu, suaminya tetap menerima Ayu seadanya.
Video Ayu menjadi tular apabila wajahnya disolek dan terserlah kecantikannya yang dipuji ramai.
Ayu juga gembira apabila makeup artist (MUA) berjaya menaikkan seri wajahnya dan bersyukur kerana dipertemukan dengan suami yang menerima kekurangannya itu
Susulan tularnya video Ayu, dia dihujani beribu komen daripada netizen yang memuji kecantikannya
Ketika artikel ini ditulis, video Ayu telah mendapat 1.6 juta views, 74k likes dan hampir 2,600 comments daripada netizen.
Rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah dan doa kepada dia dan suami serta memuji wajahnya yang cantik walaupun cacat terutamanya di bahagian mata.
Antara komen menarik daripada netizen di TikTok: