[VIDEO] 'Tetamu' Nak Tumpang Tandas Kebas Senyap-Senyap Beg Berisi RM2,500 Tuan Rumah
Dia meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki wanita berkenaan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah keluarga terkejut berputih selepas majlis kesyukuran bertukar suram apabila beg tangan berisi wang berjumlah RM2,500 telah dilarikan oleh seorang wanita yang menyamar sebagai tetamu pada Sabtu lalu
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Pasir Mas, Kelantan.
Lelaki yang dikenali sebagai Ameer Hakim berkongsi video daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam rumah kakak iparnya yang jelas memaparkan wanita itu mengambil beg tangan berwarna putih di atas sebuah kabinet dan terus berlalu pergi.
"Majlis Kesyukuran kakak ipar berubah suram. Aktiviti majlis perkahwinan tetamu tidak diundang mengambil harta bukan miliknya," tulisnya.
Image via Ameer Hakimi (Facebook)
Wanita bawa lari beg tangan berisi wang RM2,500
Menurut Ameer Hakim, wanita yang menyamar sebagai 'tetamu' itu telah melarikan wang ringgit sebanyak RM2,500.
Dalam pada itu, Ameer Hakim turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan juga meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi video berkenaan bagi menjejak pelakunya selain menggesa wanita itu memulangkan kembali harta yang telah dicuri.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment