seismik

Buaya Muncul Di Pantai Port Dickson, Perhilitan Nasihat Orang Ramai Berhati-Hati

Hasil siasatan awal mendapati buaya ini bergerak sejauh 50 meter dan sentiasa ulang-alik di kawasan tersebut.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin di sini berikutan terdapat penampakan buaya di sekitar kawasan itu sejak kelmarin

Menurut laporan, Pengarahnya Faizal Izham Pikri berkata pihak Perhilitan menerima aduan awam berkenaan seekor buaya yang kelihatan di kawasan Monkey Bay, Pantai Cermin pada kira-kira 4.30 petang.

"Sebaik sahaja aduan diterima, beberapa petugas jabatan ke lokasi dan siasatan awal mendapati memang ada seekor buaya terapung di laut dengan panjang anggaran dua meter.

"Hasil siasatan awal mendapati buaya ini bergerak sejauh 50 meter dan sentiasa ulang-alik di kawasan tersebut sejak malam sebelumnya, jika air surut ia nampak lebih jelas," katanya.

Image via Astro Awani

Pemantauan berkala dilakukan untuk hilang kebimbingan orang ramai

Tambah Faizal Izham pemantauan berterusan akan dilakukan di kawasan aduan bagi mengurangkan kebimbangan orang awam.

"Insya-Allah jika tiada masalah, kita akan cuba pasang perangkap di kawasan bakau dan tengok pada kesesuaian kerana pada waktu malam haiwan ini akan bergerak ke kawasan tersebut," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar menjaga keselamatan diri dan keluarga selain tidak melakukan provokasi sekiranya ternampak buaya serta segera melaporkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan atau pihak berkuasa lain.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: