Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Video Tular Lambakan Warga Asing Tiba Di Ruangan Dalaman KLIA Cetus Kegusaran Ramai

Setiap hari ketibaan pekerja asing antara 500 dan 1,000 orang.

Cover image via @update11111 (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan kemasukan pekerja asing yang tinggi ke dalam negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2

Ia adalah disebabkan tindakan majikan yang membawa masuk pekerja mereka pada saat-saat akhir.

Menerusi sumber, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, ini berikutan kerajaan menetapkan 31 Mei ini sebagai tarikh akhir kepada majikan untuk membawa masuk pekerja asing mereka.

“Sebagai perbandingan, dalam keadaan biasa, ketibaan harian pekerja asing adalah di antara 500 hingga 1,000 orang.

“Bilangan ketibaan mula meningkat sehingga 2,500 orang sehari pada 22 Mei lalu dan seterusnya pada 27 Mei lalu telah meningkat sehingga 4,000 ke 4,500 orang sehari,” katanya.

Image via @update11111 (X)

Bilangan pekerja asing dijangka akan terus meningkat

Menerusi video yang dikongsikan di platform X, kelihatan lambakan pekerja asing sedang menunggu di ruangan dalam KLIA telah mencuri perhatian netizen yang memberi pelbagai reaksi sejak semalam.

Difahamkan, Jabatan Imigresen (JIM) menjangkakan bilangan ketibaan akan terus meningkat.

Ia berdasarkan makluman daripada syarikat penerbangan yang akan meningkatkan jumlah penerbangan mereka bagi memenuhi permintaan pekerjaan.

Namun, setiap pekerja asing yang masuk ke negara ini perlu melalui proses semakan dan pengesahan pemeriksaan kesihatan mereka di KLIA.

Justeru, JIM dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah mengambil langkah segera untuk menguruskan kesesakan itu bagi memastikan keselesaan penumpang lain terjamin.

"Memang ada syarikat-syarikat bawa masuk diaorang ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai pengguna di laman X yang memberikan pelbagai reaksi mengenai isu itu.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 561.8K views, 1.8K repost dan 239 comments di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Image via @update11111 (X)

Image via @update11111 (X)

Image via @update11111 (X)

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment