seismik

PMX Umum Pemberian Baucar Buku RM100 Buat Murid Sekolah & Juga Pelajar Universiti

Baucar itu boleh dituntut melalui mekanisme yang akan diumumkan, mulai jam 2 petang esok.

Cover image via Berita Harian & Kosmo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100

Pemberian baucar itu adalah bagi pelajar Tahap Dua sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

Menurut Berita Harian, beliau berkata baucar berkenaan boleh dituntut melalui mekanisme yang akan diumumkan, mulai jam 2 petang esok.

"Untuk anak-anak, baik di sekolah kebangsaan, sekolah Arab, sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil dan universiti, kita berikan baucar RM100.

"Bagi tahun ini, kita mulakan dari Darjah Empat, untuk mengurangkan tekanan kewangan kerajaan.

"Ia turut diberikan kepada pelajar sekolah menengah, universiti, kolej, institusi perguruan dan sebagainya.

"Mulai jam 2 petang esok, pemberian baucar ini akan dimulakan, insya-Allah," katanya.

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Selain itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, serta Pengerusi Pengelola PBAKL 2024, Mohd Khair Ngadiron, juga hadir.

Image via Berita Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: