[VIDEO] Tulis Nama Ikan Keli Jadi ‘Ikan Kelly’ Dekat Kedai Makan Ini Buat Ramai Terhibur
Bukan biasa-biasa nama dia.
Kalau kita pergi ke kedai makan sudah semestinya nama setiap makanan tersebut akan ditampal
Hal ini supaya pelanggan mengetahui jenis hidangan yang mereka akan makan sekaligus memudahkan urusan untuk membayarnya di kaunter.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan nama hidangan lauk di sebuah kedai makan telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tulis nama ikan Kelly di bahagian cermin
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ammar.frez di TikTok, kelihatan seorang individu sedang merakam jenis-jenis lauk berlauk di sebuah kedai makan.
Apa yang mencuit hati adalah nama salah satu menu makanan tersebut telah ditulis menjadi "ikan Kelly" walaupun itu adalah ikan keli. Dalam video itu, ia dilihat ditampal di bahagian cermin berserta dengan harga iaitu RM6.
Image via @ammar.frez (TikTok)
"Ikan keli rm4 tapi bila upgrade nama oversea ikan kelly terus jadi rm6 haha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 88.6K views, 5,526 likes dan 126 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat nama ikan tersebut dan memberi reaksi mencuit hati mengenainya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @ammar.frez (TikTok)
Image via @ammar.frez (TikTok)
Image via @ammar.frez (TikTok)
Image via @ammar.frez (TikTok)
Image via @ammar.frez (TikTok)
Image via @ammar.frez (TikTok)
Sedap juga kalau makan nasi putih ikan Kelly balado ni ya! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment