[VIDEO] Viral Kereta Berlanggar 'Bontot' Sesama Sendiri Ini Cuit Hati & Tumpuan Warganet
Perempuan vs perempuan.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kemalangan kereta merupakan benda yang kita tidak boleh dielakkan, ia akan terjadi tidak kira tempat dan masa
Oleh sebab itu, kita dinasihatkan agar lebih peka dan berwaspada semasa memandu demi keselamatan diri. Tambahan lagi, buat yang sayang sangat pada kereta mereka, pasti sakit hati tengok bila kereta kemek atau tercalar bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter memaparkan kemalangan kecil yang melibatkan dua buah kereta telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terlanggar belakang sesama sendiri masa tengah reverse
Menerusi video tersebut, kelihatan dua buah kereta sedang mengundur keluar dari kawasan parkir masing-masing.
Namun, mereka kemudian terlanggar sesama sendiri. Insiden itu membuatkan kedua-dua pemandu keluar dan memeriksa belakang kereta mereka.
Apa yang lebih melucukan adalah netizen pula bersoloroh bertanyakan siapakah yang akan dipersalahkan memandangkan kedua-duanya adalah pemandu perempuan.
Image via @anthraxxx781 (Twitter)
Image via @anthraxxx781 (Twitter)
"So, siapa betul siapa salah? Perempuan ke perempuan?" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai respon mengenai insiden itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 79.3K views, 1,639 retweets dan 1,712 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Dah sudah, siapa pula nak dipersalahkan agaknya ya?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment