[VIDEO] Wanita Bangga Dapat Hasilkan Batik Pada Logo Jenama Lacoste - "Cool Gila!"
Mestilah bangga dapat collab dengan brand international!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa sahaja yang tidak gembira apabila hasil kerja yang diusahakan mendapat perhatian bukan?
Baru-baru ini seorang wanita meluahkan rasa terujanya selepas dapat berkolaborasi bersama jenama antarabangsa.
Menerusi akaun di laman X @FarahMohan, dia yang merupakan seorang pelukis batik berkongsi telah dapat bekerjasama dengan jenama terkenal iaitu Lacoste untuk kempen Ramadan Raya baru-baru ini.
Image via @FarahMohan (X)
Kongsi proses pembuatan batik untuk logo
Difahamkan, dia perlu mencanting batik untuk diletakkan pada logo jenama tersebut yang berbentuk buaya.
DIa juga berkongsi hasil pembuatan batik itu daripada awal sehingga ia diletakkan di rak display butik berkenaan.
Menurutnya, pembuatan batik itu bukanlah mudah, ditambah pula dengan anaknya di sisi dan kekangan masa yang ada. Malah dia memberitahu telah menggunakan empat set lukisan batik untuk diletakkan pada logo patung tersebut.
Tambahnya juga, ini adalah pertama kali dia melakukan lukisan batik sebesar itu dalam kariernya dan berterima kasih kepada Lacoste kerana memberi kepercayaan kepadanya.
Image via @FarahMohan (X)
Lihat video-video perkongsian itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment