Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Wanita Bengang Nurse Bagi Tarikh Appoinment Hari Klinik Tutup Ini Raih Perhatian

Jabtaan Kesihatan Kedah telah menyiasat kes ini.

Cover image via @syasyafsl (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika mengalami masalah kesihatan, sudah tentu orang ramai disarankan untuk pergi ke klinik kesihatan untuk membuat medical check-up

Ada yang memilih untuk pergi ke klinik swasta, namun ada juga yang gemar untuk pergi ke klinik kerajaan kerana kosnya yang murah. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita bengang dan kesal dengan tindakan nurse yang memberikan appoinment salah tarikh telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Beri tarikh appoinment masa klinik tutup dan cuti

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berada di klinik kesihatan yang terletak di Kedah.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia berkongsi kisah nurse memberikan tarikh appoinment yang salah. Dia datang ke klinik seawal jam 8.30 pagi walaupun telah memberitahu kepada nurse bahawa hari yang ditulis itu merupakan hari klinik tidak beroperasi.

Walau bagaimanapun, nurse itu tetap berkeras mahu wanita berkenaan datang pada hari tersebut. Semasa hari kejadian, wanita itu bengang dan kesal kerana tiada seorang pun yang kerja di klinik itu. Difahamkan, wanita itu perlu mengambil darah pada hari tersebut.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Orang kerajaan mana pernah salah. Kalau salah pun, pandai-pandai korang lah. Kita ni kadang terpaksa amik cuti." - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 347K tontonan, 8K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut meluahkan rasa tidak berpuas hati.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @syasyafsl (TikTok)

Image via @syasyafsl (TikTok)

Image via @syasyafsl (TikTok)

Kesian akak ni datang klinik, tak ada staff pula nak layan! :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment