Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Wanita Ini Kongsi Rakaman Diganggu Kenderaan Pacuan 4 Roda Di Lebuh Raya

Kejadian dikatakan berlaku ketika wanita itu memandu dari Yong Peng ke Senawang.

Cover image via @meerjnr (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kejadian buli di jalan raya sering melibatkan kenderaan yang lebih besar mengganggu kenderaan lebih kecil

Disebabkan saiz lebih besar, pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab gunakan kelebihan itu untuk mengganggu pengguna jalan raya lain seperti menghalang laluan dan mencucuk rapat dari belakang.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita apabila tular video rakamannya di TikTok memaparkan dia diganggu oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda di lebuh raya.

Lihat video tersebut di bawah:

Sempat masuk ke RnR untuk melepaskan diri dari kereta belakang

Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat sempat merakam kejadian dia diganggu. Video menunjukkan kenderaannya diekori rapat oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Kenderaan pacuan empat roda itu juga dilihat memperlahankan kenderaannya di hadapan kenderaan wanita berkenaan dan memberi double signal seperti mengarahkannya untuk berhenti.

Selepas hampir sejam diekori, wanita itu sempat membelok masuk ke RnR bagi melepaskan dirinya daripada terus diganggu walaupun sedang membawa kereta dengan laju.

Image via @meerjnr (TikTok)

Lelaki yang membawa kenderaan pacuan empat roda itu cuba menjelaskan apa yang berlaku

Menerusi tinjauan di bahagian komen, terdapat pendedahan yang dibuat netizen memberitahu identiti pemandu pacuan empat roda itu.

Pada laman Facebook lelaki yang disyaki pemandu pacuan empat roda berkenaan, orang ramai dilihat telah menyoalkan tentang kejadian yang berlaku kepadanya. Lelaki tersebut dilihat membalas beberapa komen dan cuba menjelaskan apa yang berlaku tetapi masih tidak ada jawapan yang jelas.

Image via Facebook

Image via Facebook

Harap akak ini baik-baik saja lah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment