Wanita Buat Live Di TikTok Semasa Solat Tarawih Dikecam, Ini Penjelasan & Nasihat Mufti
Ramai pula tu yang masuk live dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang mak cik membuat live di TikTok ketika menunaikan solat tarawih pada malam pertama Ramadan telah mengundang kecaman ramai
Menerusi video yang tular di media sosial, ramai berpendapat adalah lebih baik jika siaran langsung itu tidak dibuat kerana boleh mencetuskan pelbagai spekulasi.
Tambahan pula, ada yang berkongsi hadis berkenaan peringatan tentang seorang perempuan adalah lebih baik solat di rumahnya sendiri.
Image via @bckupacc99 (X)
Susulan tularnya video berkenaan, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman tampil menjelaskan hukum bermain telefon ketika solat
Menurut laporan Sinar Harian, beliau berkata, para ulama menjelaskan membaca daripada mushaf termasuk menerusi telefon dibolehkan berdasarkan amalan sebahagian 'salaf' yang membaca daripada mushaf ketika solat.
"Tetapi diingatkan untuk memegang telefon dengan satu tangan atau meletakkannya di tempat yang mudah dibaca adalah lebih baik daripada sering bergerak mengambil dan meletakkannya.
"Jadi, individu yang menggunakan telefon untuk membaca surah, solatnya tetap sah tanpa pergerakan banyak atau mengganggu khusyuk," katanya.
Walau bagaimanapun, perbuatan membuat siaran langsung di media sosial ketika melaksanakan solat boleh mengganggu tumpuan ibadah hingga menyebabkan ia terbatal
"Dalam Islam, khusyuk adalah elemen penting ketika menunaikan solat. Jika seseorang melakukan perbuatan yang mengganggu fokus solat, ini boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah.
"Menurut pandangan Mazhab Syafie, sebarang perbuatan yang tidak berkaitan dengan solat dan mengganggu tumpuan boleh menyebabkan ibadah berkenaan terbatal.
"Ini termasuklah tangan digunakan untuk memegang, melihat komen dan berinteraksi dengan penonton siaran langsung, ia juga akan membatalkan solat.
"Sebaiknya elakkan kerana solat adalah urusan peribadi antara hamba dengan ALLAH, bukan untuk tontonan umum," jelasnya lagi.
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment