[VIDEO] Wanita Buat Pregnancy Surprise Dekat Ayah, Tapi Reaksinya Pula Buat Ramai Sebak
Mesti ayah dia excited nak jumpa cucu pertama.
Setiap pasangan yang sudah berkahwin tentu mahukan zuriat dan teringin untuk membuat kejutan buat ahli keluarga
Tambahan pula, jika kehadiran zuriat itu merupakan cucu sulung kepada ibu bapa kita. Percayalah, mereka akan jadi orang yang paling bahagia dalam dunia.
Seperti sebuah video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita membuat kejutan hamil kepada ayahnya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buat pregnancy surprise dekat ayah, reaksinya pula undang sebak
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kamkocam, kelihatan mereka sekeluarga sedang berada di dalam kereta untuk menuju ke sebuah destinasi.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila wanita itu yang duduk di sebelah ayahnya tiba-tiba menyuruh si ayah memakai cermin mata kerana ingin menunjukkan sesuatu.
Sebaik saja dia mengeluarkan pregnancy test kit lalu menghulurkan kepada ayahnya, reaksi pak cik itu dilihat agak blur-blur dan tidak faham dengan apa yang sedang berlaku.
Namun, selepas anaknya memberitahu dia sudah mengandung, pak cik itu terus menadah tangannya sambil berkata "Alhamdulillah". Dia juga seperti sedang menahan sebak dan gembira pada masa yang sama kerana wanita itu merupakan anak kesayangannya.
Image via @kamkocam (TikTok)
Image via @kamkocam (TikTok)
"Siapa potong bawang ni haa? Sedihnya, teringat kat arwah abah. Tak sempat nak tengok cucu"- Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 454.8K views, 42.5K likes dan 573 shares di TikTok, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak melihat reaksi pak cik itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @kamkocam (TikTok)
Image via @kamkocam (TikTok)
Image via @kamkocam (TikTok)
Image via @kamkocam (TikTok)
Image via @kamkocam (TikTok)
Image via @kamkocam (TikTok)
Image via @kamkocam (TikTok)
Image via @kamkocam (TikTok)
Image via @kamkocam (TikTok)
Image via @kamkocam (TikTok)
Ayah-ayah kalau menangis dia punya sebak tu memang terasa betul :')
Image via giphy.com
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment