Wanita Hilang Kaki & Tangan Semasa Kerja Sebagai Pakar Kecantikan Di Singapura
Semua duit simpanannya juga habis.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita yang berasal dari Ipoh pernah membina kehidupan di Singapura sebagai pakar kecantikan
Dia telah pindah ke negara itu sejak tahun 2016. Malangnya, wanita itu kehilangan anggota badannya dan semua duit simpanan disebabkan jangkitan bakteria Sepsis.
Untuk rekod, sepsis merupakan pembunuh senyap yang meragut banyak nyawa. Ia dikenali sebagai keracunan darah akibat komplikasi daripada jangkitan.
Sepsis terjadi disebabkan jangkitan bakteri, virus atau parasit di bahagian tubuh badan. Kebiasaannya, sepsis selalu terjadi akibat infeksi di paru-paru, aliran darah, kulit, atau saluran pencernaan.
Menurut Shin Min Daily, wanita berumur 37 tahun itu mula rasa tidak sihat pada bulan Oktober tahun lalu.
Pada mulanya, Lin hanya mengalami demam dan sakit perut. Namun, keadaannya masih melarat selepas berjumpa doktor.
"Saya sangka saya keracunan makanan dan doktor telah memberikan saya beberapa ubat. Namun, semasa lawatan kedua, doktor menyedari bahawa ada yang tidak kena dengan saya dan menghantar saya ke bilik kecemasan. Saya tidak sedarkan diri selepas itu," kata Lin.
Dia dikelilingi oleh ahli keluarga selepas dia sedar. Lin dimaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan kritikal. Keluarganya juga telah bersedia secara mental apabila doktor memberitahu Lin telah dijangkiti sejenis bakteria yang membunuhnya secara perlahan-lahan.
Jantung semakin lemah dan otak tak dapat oksigen yang cukup
Doktor mencadangkan agar Lin menerima suntikan untuk meningkatkan aliran darah ke jantungnya dan memastikan otaknya berfungsi. Namun, mereka juga memberi amaran yang Lin akan mengalami kehilangan tubuh badan.
Pada mulanya, keluarganya berfikir bahawa Lin mungkin hanya perlu memotong jari-jarinya, tetapi tidak apabila anggota badannya perlahan-lahan menjadi hitam.
"Saya melihat tangan dan kaki saya berubah menjadi hitam dan berat. Doktor berkata sel-sel telah mati dan jangkitan bakteria telah menyebabkan sepsis, jadi amputasi (kaedah memotong) diperlukan untuk menyelamatkan nyawa saya.
"Saya kemudian membuat keputusan untuk menjalani pembedahan untuk memotong kedua-dua tangan saya pada 29 November tahun lalu, dan kedua-dua kaki saya pada 19 Disember," kata Lin sambil menangis.
Image via Shin Min Daily News
Susulan itu, Lin juga menghabiskan duit simpanannya sebanyak RM1.04 juta
"Sekarang saya tidak mempunyai pendapatan, saya hanya boleh bergantung pada kakak saya untuk menjaga saya,
"Pada mulanya sukar untuk menerima kenyataan dan saya tidak mahu berjumpa dengan kawan-kawan saya, tetapi sebenarnya sokongan mereka yang membantu saya menghadapi dan melalui perjalanan ini. Saya perlu kekal kuat dan terus hidup," kata Lin.
Ibunya berpendapat bahawa pada saat ini Lin perlu mengekalkan pemikiran positif.
Kini, Lin menggunakan kaki palsu yang menelan kos lebih RM52,000
Kos untuk membeli anggota palsu bagi kedua-dua tangan dan kakinya lebih mahal, sebab itu dia hanya bergantung pada kaki palsu yang dibayar secara ansuran.
Image via Shin Min Daily News
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment