Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Ingatkan Tester" - Wanita Tengah Beli Isi Durian, Sekali Mak Cik Sebelah Selamba Je Ambil

Laju betul tangan tu.

Cover image via @yusifadila (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui sekarang merupakan musim buah durian yang ditunggu-tunggu orang ramai

Ada yang sukakan durian sehinggakan mereka memang boleh makan durian sebanyak mana pun. Ada juga yang alergi dengan bau dan rasa durian.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang mak cik selamba makan durian orang telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Peniaga tengah masukkan durian pelanggan dalam bekas, sekali ada tangan mak cik laju capai seulas

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berada di sebuah gerai durian untuk membeli isi durian.

Sedang asyiknya si peniaga mengupas durian lalu masukkan isi-isi ke dalam bekas, tiba-tiba muncul seorang mak cik laju mencapai seulas daripada bekas itu.

Tindakan laju tangan mak cik itu membuatkan wanita yang membeli durian itu terkejut sambil mengerutkan dahi. Mungkin mak cik itu ingatkan durian tester.

Image via @yusifadila (TikTok)

"Nasib baik dia ambil satu, lain kali tanya dulu mak cik mana tahu orang tu baik hati nak belikan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 8M tontonan, 525K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu. Malah, ramai yang memberikan reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @yusifadila (TikTok)

Image via @yusifadila (TikTok)

Image via @yusifadila (TikTok)

Image via @yusifadila (TikTok)

Kalau ada tester durian, confirm ramai dah orang berebut! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment