Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Warga Emas Sambung Degree Di Usia 64 Tahun, Ruangan Komen Pula Jadi Perhatian

Tak salah pun dia nak cari ilmu.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menuntut ilmu dalam Islam adalah perkara yang wajib dengan niat yang betul

Menimba ilmu ini tidak kira dari segi usia mahupun agama. Jika anda mahu memahaminya harus belajar terlebih dahulu betul tak?

Baru-baru ini, tular apabila seorang warga emas mengambil ijazah sarjana muda pada usia 64 tahun telah mendapat perhatian ramai apabila ada sesetengah netizen yang memberikan pelbagai komen.

Lihat posting itu di bawah:

Kesal lihat komen netizen yang 'cetek akal'

Menerusi posting yang dikongsikan oleh individu tersebut, kelihatan dia meluahkan rasa kesalnya selepas membaca komen-komen netizen.

"Kisah seorang wanita 64 tahun sambung belajar. Tapi yang hairan, ramai pula yang sakit hati. Kononnya belajar di usia tua tiada guna, lebih baik tumpu akhirat"

"Ilmu Allah swt itu luas. Jangan sempitkan akal. Wanita ini tuntut ilmu dunia, mana anda tahu dia abaikan ilmu agama?," tulisnya.

Menurut sumber, wanita yang bernama Ku Meriam Ku Hussain itu mengikuti pelajaran peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan Pengurusan (major dalam Organisasi) di Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia dalam mod Pengajian Jarak Jauh (PJJ).

Dia sekaligus ingin memperbetulkan persepsi masyarakat bahawa ijazah hanya untuk golongan muda. Malah, dia menempuhi perjalanan selama 45 minit, wanita itu tidak sunyi dengan kehadiran anaknya, Nurul Huda Sarkadi.

Image via Sinar Harian

Image via Sinar Harian

"Yang komen hentam mak cik tu, dorang semua tu AJK syurga ke?" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga turut menghentam komen yang dilemparkan sesetengah orang pada posting tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 6,180 retweets, 1,722 quotes tweets dan 13.1K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Twitter:

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Nak cari ilmu ini tak kira usia, semoga segala urusan mak cik dipermudahkan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment