Ahmad Zahid Dedah Indonesia Belum Respon Bantuan Malaysia Padam Kebakaran Hutan Kalimantan

Difahamkan, Malaysia setakat ini tidak lagi mepertimbangkan tindakan undang-undang.

Cover ImageCover image via The Star & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Malaysia masih menunggu maklum balas daripada Indonesia

Setakat ini, Indonesia masih belum memberi apa-apa maklum balas mengenai tawaran untuk bantuan memadamkan kebakaran di Kalimantan.

Menurut laporan daripada Buletin TV3, tawaran itu disampaikan sendiri ketika membuat lawatan rasmi ke Jakarta dan bertemu Presiden Indonesia, Prabowo Subianto yang melibatkan penghantaran tiga helikopter, sebuah pesawat dan 55 anggota.

Tawaran ini mencerminkan kesediaan Malaysia untuk membantu negara jiran untuk menangani kebakaran terbabit.

"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya menawarkan bantuan kerajaan dan rakyat Malaysia, namun sehingga kini kita belum menerima maklum balas terhadap tawaran itu.

"Mereka mengucapkan terima kasih atas tawaran bantuan ikhlas kita, tetapi bantuan itu masih belum disalurkan,"
katanya.

SAYS.com

Ahmad Zahid Hamidi berama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Image via Buletin TV3

Lebih baik membantu dari pertimbangkan tindakan undang-undang

Dalam sidang media majlis perasmian Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026, Ahmad Zahid mengatakan NADMA dan Kementerian Luar turut mengutuskan surat kepada rakan sejawat masing-masing di Indonesia tetapi masih belum menerima maklum balas.

"Kita melihat perkara ini secara positif dan menganggap mungkin mereka tidak memerlukan bantuan kita. Seperti yang saya katakan, kita bersangka baik (husnuzon) terhadap mereka," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via NSTP

Setakat ini Malaysia tidak lagi mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Indonesia mengenai isu jerebu.

"Jika kita menjunjung semangat ASEAN dan menyelaraskan usaha bagi mencegah situasi seperti ini, itu lebih baik. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

"Pendekatan itu lebih wajar, selaras dengan semangat ASEAN, berbanding mengambil tindakan undang-undang,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: