AKEMI Perkenalkan Sleep Sync AI Mattress, Tilam Pintar Pertama Buatan Malaysia

Ada sistem anti-dengkur!

Enlarge text
Cover ImageCover image via AKEMI

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

AKEMI telah memperkenalkan AKEMI Sleep Sync AI Mattress, tilam pintar pertama buatan Malaysia dengan teknologi AI

Tilam pintar ini akan dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan reka bentuk ergonomik sebagai satu penyelesaian untuk tidur yang boleh berubah-ubah mengikut gaya hidup anda yang semakin sibuk.

Berbeza dengan tilam biasa yang bersifat statik, Sleep Sync menggunakan Smart AI Chip untuk mengesan titik tekanan di badan, corak pernafasan, dan pergerakan pengguna sepanjang malam.

Sistem ini akan melaraskan ketinggian dan sudut tilam sesuai dengan keadaan tidur semasa anda.

SAYS.com
Image via AKEMI

Lebih pintar, lebih lena dan lebih sempurna

Tilam pintar ini direka khas untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai keperluan pengguna menerusi beberapa mod pintar.

SAYS.com
Image via AKEMI

Ciri-ciri utama AKEMI Sleep Sync AI Mattress:

  1. 6-Zone Adaptive Support: Fungsi untuk mengagihkan tekanan badan secara seimbang kepada enam bahagian badan (kepala, bahu, belakang, pinggang, kaki dan tumit) untuk menjaga kelurusan tulang belakang.
  2. Mod Auto & Sleep Aid: Mod ini melaraskan sokongan tilam mengikut perubahan postur tidur secara automatik untuk membantu pengguna tidur dengan lebih mudah.
  3. Fungsi Anti-Snore: Fungsi ini akan mengesan bunyi berdengkur secara nyata ketika anda tidur dan akan melaraskan kedudukan tilam secara automatik untuk mengurangkan gangguan tidur.
  4. AI-Driven Sleep Intelligence: Setiap pagi, semua pengguna akan mendapat Sleep Score (Skor Tidur) yang mempunyai semua statistik ketika anda tidur yang boleh digunakan untuk memahami corak tidur anda sendiri.
  5. Mod Manual Pelbagai Guna: Mod Manual juga tersedia seperti Reading (Membaca), Zero Gravity, Cradle dan penggera untuk menggerakkan anda dari tidur.
SAYS.com
Image via AKEMI

Inovasi yang lebih praktikal

Tilam ini turut dilengkapi dengan penderia lampu bawah katil (Under-Bed Lighting Sensor), pengecasan tanpa wayar (Wireless Charging), dan sarung divan khas.

Bagi memastikan jaminan kualiti khas, AKEMI menawarkan jaminan terhad selama 15 tahun untuk tilam dan satu tahun untuk rangka katil.

SAYS.com

Pengurus Besar, Kohlson Ong & Ketua Pegawai Komersial, Koay Ching Mun

Image via AKEMI

Tambahan lagi, AKEMI juga telah bekerjasama dengan M Resort & Hotel Kuala Lumpur dan Universiti Malaya. Buat M Resort & Hotel Kuala Lumpur, kolaborasi ini adalah untuk beberapa bilik di sana yang akan mempunyai tilam pintar buat pelawat di resort berkenaan. Manakala, kolaborasi dengan Universiti Malaya pula adalah untuk meneruskan kajian tidur (sleep study) menggunakan tilam pintar daripada AKEMI.

Orang ramai boleh merasai pengalaman Sleep Sync di lokasi terpilih ED Shop Ipoh, AKEMI Home Sunway Pyramid, AKEMI Home Suria Sabah, AKEMI Home The Spring, AKEMI Sleep Studio Seapark Petaling Jaya dan AKEMI Sleep Studio IOI City Mall.

Setakat ini harga rasmi AKEMI Sleep Sync AI Mattress masih belum diumumkan, tetapi maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi AKEMI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: