Apple Lancarkan iPhone Duo, Telefon Lipat Pertama Apple & iPhone 18 Pro & 18 Pro Max

Apple iPhone Duo 2TB berharga RM15,499!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Apple & Apple (YouTube)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apple baru sahaja mengumumkan dua telefon pintar terbaru mereka iaitu iPhone Duo, iPhone 18 Pro & iPhone 18 Pro Max

Apple iPhone Duo merupakan telefon boleh lipat pertama mereka dan dilancarkan bersama-sama siri iPhone 18 Pro dan Pro Max baharu.

Pengumuman ini telah diumumkan semalam ketika acara Apple Event 2026 sama seperti tahun-tahun sebelum ini dengan pengenalan telefon pintar baharu, AirPods 5 baharu, Apple Watch Ultra 4, Apple Watch Series 12, termasuk beberapa lagi peranti dan aksesori baharu yang lain.

SAYS.com
Image via Mashable

Apple iPhone Duo

SAYS.com
Image via Apple

Selaku telefon rasmi pertama yang boleh lipat iPhone Duo hadir dengan skrin sebesar 5.4 inci dan menjadi 7.6 inci apabila dibuka.

Cip A20 Pro baharu untuk menguasakan peranti ini dengan sokongan Touch ID di bahagian tepi tanpa Face ID.

Walaupun iPhone ini adalah yang paling besar Apple pernah ada tetapi ia adalah iPhone paling nipis yang pernah dikeluarkan Apple.

SAYS.com
Image via Apple

Hadir dengan iOS 27 yang terbaharu dan diberikan akses Siri AI. Skrin ini juga memberikan pengalaman lain daripada yang lain untuk iPhone kerana mampu menggunakan beberapa aplikasi serentak khas untuk kedua-dua mod skrin.

Telefon ini hanya menerima eSIM tanpa ruang untuk kad SIM biasa.

SAYS.com
Image via Apple (YouTube)

Apple iPhone Duo ditawarkan dengan harga RM9,499 untuk model 256GB dan boleh meningkat sehingga RM15,499 untuk 2TB.

Buat rakyat Malaysia iPhone Duo boleh dipratempah mulai 16 Oktober 2026 dan dipasarkan mulai 23 Oktober 2026.

Apple iPhone 18 Pro & iPhone 18 Pro Max

SAYS.com
Image via Apple (YouTube)

Siri iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max juga telah diumumkan dengan rekaan yang lebih kurang sama seperti iPhone 17 Pro sebelum ini tetapi dengan kemaskini spesifikasi baharu.

Cip yang digunakan sama seperti iPhone Duo iaitu Cip A20 Pro dengan sokongan grafik lebih baik dengan menggunakan teras yang dinaik taraf baharu iaitu Neural Engine.

Apple iPhone Pro hadir dengan saiz 6.3 inci manakala iPhone Pro Max dengan saiz 6.9 inci.

SAYS.com
Image via Apple (YouTube)

Dynamic Island untuk iPhone 18 Pro juga telah dikecilkan untuk memberi ruang lebih luas kepada skrin.

Bateri juga telah dinaik taraf dimana ia akan menerima sokongan pengecasan lebih pantas. Pengecasan sehingga 50% hanya dalam masa 15 minit sahaja.

SAYS.com
Image via Apple

Kamera utama yang digunakan kali ini dengan kamera 48 megapixel dan penambahbaikan untuk rakaman dan gambar ketika malam.

Peminat juga boleh memilih empat jenis warna iaitu Burgundy, Glacier, Silver dan Black.

SAYS.com
Image via Apple (YouTube)

Kedua-dua iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max boleh dipratempah mulai 12 September dan pembeli akan mula menerima bermula 18 September 2026.

Apple iPhone 18 Pro ditawarkan pada harga RM5,499 untuk 256GB sehingga RM11,499 untuk model 2TB.

Apple iPhone 18 Pro Max pula ditawarkan pada harga RM 5,999 sehingga RM11,999 untuk model 2TB.

Kedua-dua iPhone Duo dan iPhone 18 Pro & iPhone 18 Pro Max sudah semestinya bakal menjadi perbualan hangat buat semua peminat tech.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik