Bahana Beli Patung KumanThong Demi Murah Rezeki, Akhirnya Tanggung Hidup Menderita
Mulanya semua baik-baik sahaja, tetapi kehidupan kucar-kacir setelah berhenti ritual.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini seorang perawat Islam di Threads telah membuat satu perkongsian mengenai patung KumanThong
Dia menceritakan pengalamannya ketika merawat seorang pesakit yang pernah membeli patung tersebut kerana dipercayai dapat memurahkan rezeki dan menjadi perlindungan.
Untuk pengetahuan umum, patung KumanThong dianggap sebagai dewa rumah dalam budaya dan agama di Thailand. Patung itu dipercayai boleh membawa tuah, rezeki dan kekayaan jika dijaga dengan baik.
Patung tersebut juga mempunyai beberapa ritual yang perlu dilakukan setelah memilikinya.
Dikongsikan oleh Faisol Ramzii di Threads, dia menceritakan bahawa pesakit itu telah membeli patung KumanThong setelah terpengaruh oleh rakan di tempat kerja.
Patung tersebut pula telah dibeli dengan harga ribuan ringgit dan dikatakan menjadi harapannya untuk mendapat rezeki lebih baik selain menjadi pelindung.
"Dia beli ni sebab terpengaruh rakan tempat kerja. Harga ribuan ringgit katanya. Saiz lebih kurang gambar ni. Tujuan beli katanya lebih kepada untuk rezeki yang banyak dan protection," katanya di Threads.

Gambar sekadar hiasan.
Image via @faisolramzii / ThreadsPada mulanya semua baik-baik sahaja, tetapi kehidupan kucar-kacir setelah berhenti ritual
Menurut Faizol, pada mulanya semua perkara buat pesakitnya adalah baik-baik sahaja sehingga mendapat komisen berkali-ganda.
"Pada mulanya memang semua ok. Komisen tempat kerjanya memang berlipat kali ganda. Bila nk buat sale mudah je orang beli. Katanya ada sedikit ritual yang kena buat bila beli benda ni," katanya.
Setelah beberapa ketika, pesakitnya telah terdetik untuk memberhentikan ritual tersebut, tetapi telah membuat kehidupannya kucar-kacir.

Gambar sekadar hiasan.
Image via The PatriotsPesakitnya akhirnya membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan setelah hidupnya semakin tidak tenteram.
Selepas membuat beberapa pemeriksaan, rupa-rupanya masih wujud ikatan perjanjian dengan makhluk yang dikatakan berada di dalam patung itu.
"Apabila saya membuat pemeriksaan, rupanya masih wujud ikatan perjanjian dengannya. Makhluk yang dikatakan berada dalam patung itu juga masih terikat dengannya.
"Alhamdulillah, selepas ikatan tersebut diputuskan dan semua gangguan itu dibersihkan, keadaannya kembali pulih," kongsinya.
Orang ramai turut berkongsi pengalaman mereka mengenai patung ini
Melihat ruangan komen, beberapa pengguna Threads menceritakan pengalaman mereka mengenai patung kuman thong ini.
Seorang pengguna yang mempunyai keturunan Thai mengatakan kepercayaan ini dianggap sebagai roh kanak-kanak yang perlu dijaga seperti anak sendiri.
"KumanThong ini adalah roh budak-budak. Bila beli, kena jaga macam jaga anak sendiri. Kena bagi mainan, jajan, makanan dan sebagainya. Dan macam budak-budak, dia boleh jadi jahat atau baik mengikut apa yang kita 'ajar' dia. Sebab tu, orang Thai sana akan bukak mantra Buddha untuk dia dengar, kalau dia buat perangai, ada cara untuk ajar dia. Kalau contoh ada anak kecil, dia akan cemburu. Nak buang kena buang dekat tokong. Kalau dibiarkan nanti dia akan marah," ujar seorang pengguna di Threads.

Gambar sekadar hiasan.
Image via BBC"Patung ini kalau bela, kita tak boleh ada pasangan dan anak"
"Berani ya ada orang beli dan "bela" macam anak-anak. Aku patung tercabut kepada dengan kai pun dah seram je rasa"
Rupa-rupanya patung ini boleh dibeli dengan begitu mudah malah boleh dihantar terus ke rumah asalkan mengikut tatacaranya.
Moga perkara ini diambil iktibar oleh masyarakat di luar sana, terutamanya mereka yang beragama Islam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via