Juruterbang Malaysia Berdepan Hukuman Mati Di Indonesia Akibat Seludup 26KG Dadah
Difahamkan, suspek mengendalikan penerbangan ketika berada di bawah pengaruh dadah.
Cover image via Ramu / AFPFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang juruterbang warga Malaysia bakal berdepan hukuman mati di Indonesia selepas didakwa cuba menyeludup masuk 26 kilogram (kg) dadah jenis MDMA
Bukan sahaja cubaan menyeludup juruterbang tersebut didapati positif beberapa jenis dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.
Lelaki berusia 39 tahun tersebut, yang digelar MSO, telah ditahan selepas menerbangkan sebuah pesawat penumpang dari Kuala Lumpur ke Jakarta.
Pihak berkuasa Indonesia mengatakan mereka telah mengesan beg yang disyaki mempunyai objek pelik sekaligus membuat pihak sana perlu memeriksa beg yang dibawa oleh juruterbang berkenaan.
Pegawai telah menjumpa 14 pakej berisi 7,114 dadah jenis Ekstasi (MDMA) seberat 26kg termasuk 4g methamphetamine di dalam beg tangannya yang dipercayai untuk kegunaan sendiri.

Dilaporkan dibayar RM50,000 untuk menghantar bekalan dadah ke Jakarta
Pegawai Pejabat Kastam Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Hengky Tomuan Parlindungan Aritonang mengesahkan ini merupakan kali ketiga dia cuba menyeludup dadah termasuk dua kali ke Indonesia dan sekali di Malaysia.
"Keputusan air kencing menunjukkan suspek positif methamphetamine, MDMA dan kokain. Ini bermakna ketika mengendalikan penerbangan, suspek berada di bawah pengaruh dadah." katanya.
Menurut beliau, suspek didakwa mengikut undang-undang penyeludupan dadah Indonesia yang memperuntukan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Menurut laporan dari Sinar Harian, syarikat penerbangan tempatan Malaysia yang berkaitan telah mengeluarkan kenyataan mereka memandang serius dakwaan terhadap juruterbang berkenaan dan melancarkan siasatan dalaman.
"Syarikat akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan selaras dengan semua undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa," menurut kenyataan.
Tetapi tiada ulasan lanjut daripada syarikat penerbangan tersebut kerana masih menunggu siasatan pihak berkuasa Indonesia selesai.

Suspek juga dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa.
Indonesia ialah antara negara yang paling tegas di dunia jika terutamanya jenayah itu berkaitan dengan dadah. Indonesia kini telah memperketatkan lagi tahap keselamatan krew penerbangan serta membuat lebih banyak semakan rawak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


