#Belanjawan2027: Bantuan Awal Persekolahan One-Off Naik Daripada RM150 Kepada RM200

Anwar turut mengumumkan pemberian elaun sara hidup kepada pelajar Tingkatan Enam berjumlah RM2,500.

Cover ImageCover image via Berita RTM & NST

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bantuan awal persekolahan ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid

Menerusi pembentangan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dalam Belanjawan 2027 hari ini, perkara ini membolehkan keluarga dengan empat orang anak akan menerima RM800 untuk persiapan bagi sesi persekolahan 2027.

"Seramai 5.3 juta murid layak menerima Bantuan Awal dengan peruntukan RM1 Billion. Bantuan ini akan disalurkan di sekolah supaya ibu bapa dapat bertemu sendiri dengan guru," menurutnya.

Dalam pada itu, Anwar mengumumkan pemberian elaun sara hidup kepada pelajar Tingkatan Enam berjumlah RM2,500.

"Kadar ini menyamai elaun pelajar matrikulasi dan akan memanfaat 90 ribu pelajar tingkatan enam. Peruntukan RM870 juta disediakan untuk Rancangan Makanan Tambahan kepada lebih 800 ribu murid," katanya.

Follow SAYS on Instagram, Facebook, and TikTok for updates!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: