#Belanjawan2027: Had Pelepasan Cukai Individu Dinaikkan Daripada RM9,000 Kepada RM12,000
Pelepasan cukai individu turut diperluas.
Cover image via RTM MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdana Menteri mengumumkan ada pelepasan cukai individu yang tidak disemak sejak 2010 dinaikkan
Menerusi pembentangan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dalam Belanjawan 2027 hari ini, jumlah tersebut dinaikkan kepada RM12,000 daripada RM9,000.
"Kadar cukai pendapatan individu pemaustatin dikurangkan sebanyak satu mata peratusan. Banjaran pendapatan bercukai antara 70 ribu ringgit hingga 100 ribu ringgit dikurangkan kepada 18 peratus. Banjaran pendapatan bercukai antara 100 ribu ringgit hingga 150 ribu ringgit dikurangkan kepada 24 peratus.
"Pelepasan cukai individu turut diperluas. Rawatan perubatan diperluas meliputi perkhidmatan penjagaan selepas bersalin. Penjagaan ibu bapa dan datuk nenek diperluas meliputi semua perbelanjaan penjagaan dan tidak lagi terhad kepada kesihatan," katanya.
Menurut Anwar, peralatan sukan juga meliputi pembelian kasut sukan. Yuran pengajian dan kemahiran diperluas meliputi semua bidang pengajian dan tuisyen anak. Gaya hidup diperluas merangkumi langganan AI serta kos pemvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar.
Ikuti pembentangan Belanjawan 2027 dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang hanya di SAYS Seismik!


