Belanjawan2027: Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM1,500 & Pesara RM750
Difahamkan, pembayaran bantuan khas kewangan itu akan dibuat dalam dua kali bayaran.
Cover image via Berita RTMFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak, menerusi Belanjawan 2027
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan RM750 turut diberikan kepada lebih satu juta pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Parlimen.
Pembayaran bantuan khas itu akan dibuat dalam dua kali bayaran, iaitu sebelum Aidilfitri dan sempena ambang tujuh dasawarsa kemerdekaan.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan memperuntukkan RM2.3 bilion bagi pembinaan dan penyelenggaraan kuarters penjawat awam, termasuk untuk anggota polis, doktor, tentera, guru dan bomba
Anwar berkata, Rumah Keluarga Angkatan Tentera akan dibina di Skudai, Johor, manakala kuarters baharu turut dibangunkan di Depot Tahanan Imigresen Langkap, Perak dan Papar, Sabah. Projek bernilai lebih RM500 juta itu dijangka memanfaatkan hampir 900 anggota.
Kerajaan turut menaikkan elaun anggota sukarelawan RELA, Bomba Bantuan, Sukarelawan Polis dan Sukarelawan Pertahanan Awam kepada RM9 sejam bagi petugas sukarelawan serta RM10.80 sejam bagi penyelia, dengan peruntukan RM339 juta untuk hampir 50,000 sukarelawan.
Kerajaan juga bersetuju melaksanakan kenaikan pangkat sekali bayar secara Khas Untuk Penyandang kepada 12,000 pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang menunggu kenaikan pangkat berikutan kekangan jawatan.
Sementara itu, kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan ditingkatkan daripada 360 hari kepada 490 hari, dengan had maksimum 98 hari bagi setiap kelahiran. Kerajaan turu menyediakan RM20 juta untuk menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan.
Kadar pencen minimum juga dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, yang dijangka memanfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran Angkatan Tentera Malaysia dan penerima pencen terbitan.
Follow SAYS on Instagram, Facebook, and TikTok for updates!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


