Hanya Mampu Tahan Sebak, Wanita Rugi RM2,000 Selepas Duit Simpanan Dimakan Anai-Anai

Difahamkan, duit berkenaan disimpan di bawah almari.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita terpaksa 'berputih mata' apabila menjumpai wang simpanannya bernilai RM2,000 dimamah oleh anai-anai

Hampir semua wang kepingan RM20 telah digigit oleh anai-anai yang telah disimpan di bawah almari rumahnya.

Perkongsian ini dibuat oleh @anak_orangsebelah di Threads yang menunjukkan tempat yang diserang anai-anai. Ada yang yang rosak dibahagian tepi ada yang terus lopong digigit.

"Assalamualaikumm, semua siapa yang boleh tolong makcik ni awak oiii jumlah nya RM2000 duit simpan bawah almari kena makan dek anai-anai. Saya tak tahu nak marah ke nak ketawa ni awakoii!," katanya di Threads.

SAYS.com
Image via @anak_orangsebelah (Threads)
SAYS.com
Image via @anak_orangsebelah (Threads)

Ramai turut bercerita mengenai pengalaman mereka menghadapi perkara sama

Tidak terkejut apabila bukan makcik itu sahaja yang menjadi mangsa anai-anai tetapi ada orang lain yang turut menceritakan perkara yang sama pernah berlaku kepada ibu bapa atau saudara mara mereka.

Seorang pengguna menceritakan ayahnya kehilangan hampir RM10,000 akibat dimakan anai-anai. Sama kes seperti makcik itu kerana menyimpan wang tersebut di dalam almari.

SAYS.com
Image via Threads

Menurut orang ramai, wang kertas tersebut masih akan ada nilai jika dibawa ke bank atau Bank Negara untuk dinilai keadaannya. Jika duit itu terlalu rosak hanya boleh ke Bank Negara sahaja.

Disebalik itu ramai juga berpesan untuk menggunakan bekas yang bersesuaian supaya tidak diserang anai-anai atau hanya terus memasukkan bank tersebut ke dalam akaun bank sendiri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik