Netizen Tampil Puji & Ucap Terima Kasih Kepada Geng ‘Cleaner’ – “Kerja Mulia!”
Terima kasih kakak dan abang cleaner atas khidmat anda semua!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pekerja pembersihan atau 'cleaner' adalah satu tugas yang sangat mulia tetapi selalu dipandang enteng oleh orang ramai
Mereka semua mencari rezeki dengan menjaga kebersihan dan memastikan keceriaan sesuatu kawasan supaya orang lain sentiasa berasa selesa.
Golongan ini bekerja tanpa penat lelah dan masih boleh tersenyum ketika kita meminta izin untuk melalui laluan yang lantai baru sahaja dimop atau sedang dimop oleh mereka.
Tanpa disedari, mereka ini menyenangkan orang ramai untuk bekerja dengan tenang.
Baru-baru ini, seorang wanita telah memuat naik gambarnya di Threads, memakai uniform cleaner yang bekerja di Kementerian Dalam Negeri memberitahu dia suka memakai uniform berkenaan dan berasa sangat cantik.
"Saya selalu rasa saya cantik setiap kali pakai baju kerja walaupun sebagai cleaner huhu," kata @queenamirulashraff di Threads.

Di komen, dia memberitahu bahawa bekerja sebagai seorang cleaner bukan perkara mudah dan sudah lama menjadi bahan mulut orang dan keluarga sendiri.
"Alhamdulillah tak mudah juga saya dalam bidang ni lidah mulut orang keluarga sendiri pun ada yg pandang rendah, tapi saya happy dengan apa yang saya buat hampir 8 tahun dalam bidang ni Alhamdulillah terima kasih," katanya lagi.
Tanpa disangka ramai netizen hadir memuji pekerjaan mulia itu
Ramai netizen hadir menceritakan pengalaman mereka dengan akak atau abang cleaner yang sudah banyak berjasa membersihkan tempat kerja mereka supaya menjadi lebih selesa.
"Ciri ciri perempuan mahal. Walaupun cleaner. Tapi masih nampak mahal kan, kawan-kawan? Ini yang kita panggil keyakinan.Tahniah dik. YOU ARE REAL"
"Terima kasih semua akak cleaner yang cantik dan baik hati. Besar sangat jasa korang pada company dan orang sekeliling."
Ada seorang pengguna yang berpesan jangan guna perkataan 'walaupun' kerana kerja membersih ini adalah penting.
"Mohon jangan guna "walaupun". Kerja cleaning penting cik. Kalau tak ada cleaner, macam mana kami semua nak buat kerja dengan tenang dan aman damai? Terima kasih banyak-banyak sebab cik dan kawan-kawan kami dapat bekerja dengan selesa."
Cleaner lain turut hadir berkongsi gambar mereka yang bangga dengan uniform dan kerja masing-masing




Usaha mereka untuk mengembalikan sesuatu kawasan atau tempat kepada keadaan asal dan bersih bukan satu perkara mudah.
Tanpa mereka semua, nescaya tempat mesti tak akan bersih. Tabik hormat buat semua cleaner di luar sana!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via