Pemuda Beli Ayam Baka RM125,000 Secara Tunai, Jadi Transaksi Ayam Termahal Di Malaysia

Ayam baka pama yang sangat eksklusif dan menjadi idaman.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka sebenarnya wujud harga seekor ayam jantan yang boleh menyaingi harga sebiji kereta

Jumlah yang besar itu selalunya digunakan untuk melunaskan bayaran hutang, simpanan atau membeli kereta baru.

Tetapi tidak bagi anak jati Jampung Langkap Baru, Setiu, Terengganu yang dikenali sebagai Peja Langkap.

SAYS.com
Image via Kerana Aku Lah Ahmad Itu BLACK (Facebook)

Pada awal bulan Oktober lepas, Peja telah nekad untuk membawa seekor ayam jantan baka pama dari Songkhla, Thailand dengan bayaran tunai berjumlah RM125,000.

Dengan harga setinggi ini, ayam itu sekali gus menjadi transaksi ayam paling mahal yang pernah dibeli di Malaysia setakat ini.

Nama ayam membawa makna jongkong emas

Ayam baka pama itu telah diberikan nama Thong Kham yang bermakna Jongkong Emas dalam Bahasa Melayu.

Baka ayam ini adalah antara baka idaman para peminat baka sabung dan baka laga eksklusif yang mempunyai susuk tubuh tegap, berkaki sisik kehijauan yang kuat dan aura fizikal yang lain dari ayam sabung yang lain.

SAYS.com
Image via Kerana Aku Lah Ahmad Itu Black (Facebook)
SAYS.com
Image via Kerana Aku Lah Ahmad Itu Black (Facebook)

Menurut Peja Langkap, mengeluarkan modal ratusan ribu ringgit untuk seekor ayam bukan perkara mudah. Dia telah mengambil masa sebulan untuk berfikir membeli ayam ini.

"Saya mengambil masa lebih sebulan berfikir untuk membeli ayam itu maklum lah ia membabitkan jumlah wang yang besar. Semua kawan-kawan menghalang dan tidak bersetuju tetapi untuk kepuasan diri, saya nekad membelinya," katanya.

Ayam yang dibeli itu bukan sekadar hobi tetapi digunakan untuk pelaburan di ladang ayam miliknya iaitu Peja Langkap Farm di Kampung Bukit Tumbuh, Terengganu.

Peja juga membawa masuk beberapa ekor ayam lain termasuk baka induk betina dengan harga yang tinggi juga.

SAYS.com
Image via Kerana Aku Lah Ahmad Itu Black (Facebook)

Antara ayam yang ditempatkan di ladang berkenaan termasuklah ayam yang dibeli pada nilai RM26,000, RM15,500, RM13,000, serta beberapa ekor lagi pada kadar RM5,000 hingga RM10,000 seekor.

Difahamkan, penternak lain sudah mula membuat tempahan awal dan membayar wang pendahuluan semata-mata untuk mendapatkan baka zuriat anak Thong Kham yang dijual pada harga RM1,000 seekor.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS