RTM Sah Jadi Penyiar Rasmi Kejohanan Bola Sepak FIFA ASEAN Cup 2026
Malaysia dijadualkan membuka tirai saingan Kumpulan A menentang Bangladesh pada 25 September ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) secara rasmi mengumumkan akan menjadi penyiar rasmi kejohanan sulung FIFA ASEAN Cup 2026
Pengumuman berkenaan dibuat menerusi sebuah hantaran di laman media sosial rasmi RTM hari ini, sehari sebelum sepak mula aksi pembukaan yang bakal menyaksikan pertembungan antara skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh.
Menerusi pengesahan ini, RTM bakal menyiarkan perlawanan pertama skuad negara secara eksklusif terrestrial khas buat peminat bola sepak tempatan yang tidak berkesempatan hadir menyokong secara terus di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Berita ini memberi kelegaan buat rakyat Malaysia yang ternanti-nanti siaran langsung aksi pasukan kebangsaan dalam kejohanan yang dianjurkan buat julung kalinya di Indonesia bermula Jumaat.

Kehadiran Bergson, Manuel Hidalgo dan Brad Tapp perkuatkan lagi skuad Harimau Malaysia
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe dijadualkan membuka tirai saingan Kumpulan A menentang Bangladesh pada 25 September, sebelum berdepan tugas getir bertemu tuan rumah, Indonesia selang tiga hari kemudian dan melengkapkan saingan peringkat kumpulan menentang Singapura.
Bagi menggalas cabaran negara, seramai 23 pemain terbaik telah disenaraikan merangkumi tonggak utama seperti Arif Aiman, Faisal Halim, dan Dion Cools.
Skuad kebangsaan turut diperkasa dengan kehadiran tiga pemain tumpuan baharu, iaitu Bergson dan Manuel Hidalgo yang menyelesai proses naturalisasi selepas menetap selama lima tahun di Malaysia, serta pemain warisan, Brad Tapp.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via