SPRM Dedah Berjaya Halang Hampir 90,000 Cubaan Serangan Siber Setiap Hari

Ancaman bukan sahaja melibatkan serangan siber kepada keselamatan maklumat.

Cover ImageCover image via Harian Metro & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 80,000 hingga 90,000 percubaan serangan siber dikesan dan ditangkis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap hari

Berdasarkan laporan daripada Sinar Harian, Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM) SPRM, Zuhairie Abu Bakar mengatakan, maklumat yang dikendalikan suruhanjaya itu mempunyai nilai tinggi dan sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman digital.

"Ketika ini, Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM) mengesan dan menangkis secara purata antara 80,000 hingga 90,000 percubaan serangan siber setiap hari.

"Angka ini memberikan gambaran jelas bahawa maklumat yang dikendalikan oleh SPRM mempunyai nilai tinggi dan sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman,"
katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Ancaman bukan sahaja melibatkan serangan siber kepada keselamatan maklumat

Serangan yang dilibatkan turut merangkumi percubaan mendapatkan akses tanpa kebenaran dan kecurian data.

BPRM turut melaksanakan pendekatan pertahanan berlapis dengan menggunakan mekanisme keselamatan untuk melindungi pangkalan data dan maklumat SPRM.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan

"Pendekatan pertahanan berlapis dilaksanakan melalui pelbagai mekanisme seperti Pengesahan Pelbagai Faktor (Multi-Factor Authentication – MFA), sistem keselamatan rangkaian seperti firewall, pemantauan sistem secara masa nyata (real-time monitoring), penyulitan data dan ujian tahap keselamatan sistem aplikasi secara berkala serta pengujian sebelum sesuatu sistem aplikasi diluluskan untuk digunakan," katanya.

Maklumat yang bocor boleh menjejaskan kerahsian operasi

SPRM menambah kebocoran maklumat boleh menjejaskan kerahsian operasi yang boleh mengancam keselamatan saksi dan memberi amaran kepada pihak yang sedang disiasat.

Pendedahan maklumat sebelum waktunya juga boleh memberi peluang kepada pihak tertentu untuk menghapuskan dokumen, mengubah jejak transaksi atau mempengaruhi individu yang berkaitan dengan siasatan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Surf Shark

"Lebih membimbangkan, pendedahan sesuatu maklumat pramatang boleh memberi peluang kepada pihak tertentu mengambil tindakan untuk menghapuskan dokumen, mengubah jejak transaksi atau mempengaruhi pihak yang berkaitan," katanya.

Bagi proses pengumpulan bukti dan keterangan, penyebaran maklumat berkaitan sesuatu kes secara meluas juga berpotensi untuk mendedahkan saksi kepada tekanan dan menyebabkan proses itu lebih sukar.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau salah laku disaran menyalurkan maklumat kepada SPRM melalui saluran rasmi bukannya tular di media sosial.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: