Terdedah Jerebu 3 Jam IPU 180 Sama Seperti Hisap 1 Batang Rokok, Web Ini Boleh Kira Untuk Anda
Perlu diingatkan ini hanyalah anggaran sahaja.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Terdapat satu laman web untuk mengira anggaran berapa lama anda terdedah kepada pencemaran udara bersamaan dengan berapa batang rokok
Digelar AQI to Cigarettes Calculator, laman web ini akan mengira nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang anda terdedah kepadanya dengan membandingkan berapa batang rokok yang anda telah hisap.
Kalkulator ini telah menggunakan perbandingan kesihatan populasi – impak Berkeley Earth.
Sebagai contoh, hari ini terdapat beberapa kawasan yang merekodkan ketinggian IPU mencapai 170 IPU dan anda terdedah selama enam jam. Ini bermakna anda seolah-olah telah menghisap lebih kurang 1.93 batang rokok.
Bagaimana cara menggunakan kalkulator ini?
1. Pilih PM2.5 (Nilai IPU dan masa anda terdedah)
Malaysia menggunakan PM2.5 untuk mengira tahap partikel halus kurang daripada 10 mikron (PM10) untuk Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Masukkan nilai IPU yang anda boleh dapati di laman web APIMS dan masa anda terdedah kepada nilai IPU tersebut.
2. Jumlah berapa batang rokok yang anda "hisap"
Daripada nilai tersebut, anda akan mendapat anggaran 0.97 batang rokok jika terdedah kepada IPU 170 dalam masa tiga jam.

Peringatan buat semua orang yang menggunakan kalkulator ini
Kalkulator ini cumalah anggaran sahaja. Ia tidak termasuk jisim partikel, dos yang disedut, rokok yang dihisap, risiko atau diagnosis.
Bacaan nombor rasmi yang digunakan di Malaysia untuk IPU , jika dibandingkan dengan Air Quality Index (AQI), adalah tidak sama.
Ketika jerebu, kiraan PM2.5 digunakan, tetapi ia tidak sama dengan mana-mana aplikasi AQI yang hanya mengira daripada PM2.5 sahaja tanpa mengambil kira faktor bahan pencemar tambahan.

Tahap sederhana tidak bermakna bebas dari simptom.
Menurut laporan daripada SAYS, Dr Fatiman Ahamad, Ketua Saintis dari Sunway Centre for Planetary Health, Sunway University, mengatakan bahawa kerajaan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mengatakan "Sederhana", tetapi AQI mengatakan "Tidak sihat". Tetapi di luar anda seperti dapat membau asap.
Nasihat beliau jika anda dapat membaunya, jangan lagi lihat pada tahap "Sederhana" atau mengikut "Tidak sihat".
"Jika keadaan cukup untuk anda bau, adalah lebih baik untuk anda mengelak bagi mengurangkan risiko ketika jerebu berlaku," katanya.
Dalam erti kata lain, percaya deria anda daripada hanya melihat nombor sahaja. Banyak duduk di dalam rumah sahaja, pakai pelitup muka N95 jika diluar, dan cuba wujudkan udara yang lebih segar dengan menggunakan penapis udara (jika ada).
Maklumat lanjut mengenai perbezaan IPU dan AQI boleh didapati di sini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via