Thule Lancar Siri Maple, Elm & Palm, Ganding Ciri Ergonomik & Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Pengenalan produk ini memenuhi keperluan undang-undang keselamatan jalan raya Malaysia yang mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Cover ImageCover image via Thule

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama gaya hidup aktif terkemuka dari Sweden, Thule, secara rasmi menganjurkan Thule Expo 2026 bertempat di JioSpace, Petaling Jaya baru-baru ini

Bagi memperkukuh kehadirannya di rantau ini, Thule telah memperkenalkan rangkaian produk keselamatan keluarga dan kelengkapan kanak-kanak generasi baharu.

Ekspo eksklusif berkenaan menghimpunkan seramai 180 tetamu jemputan, merangkumi 80 pengedar dari rantau Asia Pasifik, rakan perniagaan tempatan, serta wakil media.

Acara kemuncak pameran memberi tumpuan kepada pelancaran dan demonstrasi langsung koleksi kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) terbaharu Thule yang dinanti-nantikan, iaitu siri Thule Maple, Thule Elm dan Thule Palm.

Sesi tersebut memperlihatkan bagaimana ekosistem mobiliti keluarga Thule berintegrasi secara lancar dalam rutin keibubapaan moden, khususnya kemudahan memindahkan kerusi keselamatan dari kenderaan terus ke rangka kereta sorong (stroller) dengan menitikberatkan keselesaan ergonomik dan piawaian keselamatan tertinggi.

SAYS.com
Image via Thule

Thule tawar koleksi terbaharu kerusi keselamatan kanak-kanak siri Thule Maple, Thule Elm dan Thule Palm

  • Thule Maple: Kerusi keselamatan bayi canggih untuk bayi baru lahir, menawarkan tahap keselamatan tinggi, fungsi sandaran boleh laras yang selesa, serta keserasian lancar bersama kereta sorong Thule.
  • Thule Elm: Kerusi keselamatan kanak-kanak berpusing 360 darjah premium yang membolehkan penggunaan posisi menghadap ke belakang secara lanjutan (extended rear-facing) serta pelbagai pilihan kecondongan untuk kemudahan harian ibu bapa.
  • Thule Palm: Kerusi penggalak sandaran tinggi (high-back booster) standard i-Size berasaskan falsafah bahawa keselesaan menjamin keselamatan, dilengkapi panduan tali pinggang intuitif, kestabilan ISOFIX, dan rekaan padat yang membolehkan pemasangan sehingga tiga unit kerusi merentasi tempat duduk belakang kebanyakan kenderaan.

ㅤ

Wakil pengedar tunggal Thule di Malaysia menerusi TSEA Lifestyle Sdn Bhd, Eugene Wong berkata pengenalan kategori baharu ini memenuhi keperluan undang-undang keselamatan jalan raya tempatan yang mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan bagi kanak-kanak, sekali gus membuka peluang besar dalam segmen keluarga premium.

"Permintaan terhadap kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia adalah mandatori di bawah undang-undang. Pasaran ini sentiasa berkembang dan Thule melihat peluang kukuh untuk menembusi segmen kenderaan premium bersama rakan strategik," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kesemua model kerusi keselamatan kanak-kanak tersebut telah mendapat pengesahan serta kelulusan penuh daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan ditawarkan pada harga bermula RM1,790.

SAYS.com
Image via Thule

Dalam pada itu, Naib Presiden Jualan Thule, Daniel Larson berkata inovasi ekosistem mobiliti Thule direka untuk memudahkan urusan harian keibubapaan moden melalui peralihan lancar dari tempat duduk kenderaan ke sistem kereta sorong (stroller), dengan mengutamakan aspek ergonomik dan standard keselamatan tertinggi.

Selain rangkaian kerusi keselamatan kanak-kanak, Thule turut mempamerkan penawaran baharu bagi produk gaya hidup aktif sedia ada termasuk kotak bumbung (roof box), pembawa basikal (bike carrier), beg galas dan bagasi.

SAYS.com
Image via ThuleImage via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS