makan

Nikmati Bufet Aiskrim Häagen-Daz Tanpa Had Untuk RM16 Je Hanya Di Kafe Di Sunway Ini!

Baca sampai habis untuk dapatkan promo istimewa! :D

Cover image via Jay Zee Lok / SAYS Makan & Garage 51

Memang riang tak terkata apabila kami mendapat tahu tentang bufet aiskrim Häagen-Dazs yang diadakan di Garage 51, Bandar Sunway. Bukan selalu tau!

Hanya untuk RM32, anda boleh menikmati bufet aiskrim Häagen-Dazs sepuas hati anda pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad!

Anda boleh serbu bufet aiskrim ini bermula dari 29 November 2019 hingga 5 Disember 2020. Selain itu, bufet aiskrim ini bermula dari jam 10 malam hingga 12 malam sahaja. Pastikan anda hadir awal untuk mendapatkan tempat! :D

Terdapat pelbagai perisa aiskrim menarik yang menanti anda seperti Belgian Chocolate, Strawberry, Salted Caramel, Raspberry Sorbet, Mango Sorbet dan Matcha Green Tea

Bergantung kepada permintaan orang ramai, mereka juga akan menambah pelbagai lagi pilihan aiskrim!

Anda juga boleh menghasilkan kombinasi aiskrim anda sendiri mengikut cita rasa anda. Antara kombinasi aiskrim kegemaran kami ialah Belgian Chocolate dan Raspberry Sorbet untuk gabungan rasa masam manis. Green Tea Matcha dan Mango Sorbet juga antara kombinasi unik yang anda wajib cuba!

Untuk mengubati nostalgia, anda wajib sekali mencuba 'Messed Up Holiday' iaitu roti aiskrim limited edition oleh Garage 51

Roti aiskrim ini agak unik kerana mereka menggunakan roti arang yang gebu untuk menggantikan roti hot dog yang selalu digunakan. Dessert ini bukan sahaja nikmat, malah cantik mata memandang. Anda juga boleh memilih pelbagai topping pilihan anda!

Bukan itu sahaja, dapatkan promosi 'Buy 1 Free 1' bufet aiskrim Häagen-Dazs ini apabila anda menggunakan kod 'Says Makan Buddies'!

Harga sebenar ialah RM32 tetapi dengan promosi 'Beli 1 Percuma 1' ini, anda boleh menikmati bufet aiskrim ini hanya pada RM16 sahaja. Murah betul!

Pastikan anda hadir dengan rakan-rakan anda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini! :D

Anda hanya perlu pergi ke kafe apabila bufet sedang berlangsung dan gunakan kata laluan: SAYS Makan Buddies

Promosi ini hanya berlangsung pada:

  • Setiap hari Sabtu dan Ahad.
  • Dari 29 November 2019 hingga 5 Januari 2020.
  • Slot pertama: 2.30 petang hingga 4.30 petang.
  • Slot kedua: 4.30 petang hingga 6.30 petang.

Tunggu apa lagi? Jom serbu Garage 51 hujung minggu ini!

Alamat: 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 11.00 malam (Setiap hari)

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

You may be interested in: