Kek Konsep ‘Blind Box’ Comel Boleh Dimakan, Pembuat Kek Tempatan Cipta Kelainan Baharu

Comel sangat kek-kek ni.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Blind box atau kotak misteri merupakan fenomena yang popular sejak beberapa tahun ini

Tapi apa akan terjadi apabila blind box itu sebenarnya boleh dimakan?

Pembuat kek tempatan LinLin Cake membawa idea ini dengan blind box kek comel, yang anda boleh beli di pop-up akan datang di Petaling Jaya 30 Oktober sehingga 1 November ini.

Dikongsikan oleh @linlin_cake.shop di Instagram, terdapat pelbagai jenis kek comel yang anda boleh makan dengan rupa berbeza.

Dari katak comel sehinggalah beruang comel bakal menjadi kejutan buat peminat kek dan blind box.

Kek blind box ini akan hadir dengan lima rekaan bertemakan katak, itik dan beruang comel, dengan satu kek dengan rekaan rahsia.

Setiap kek dibuat sendiri dengan tangan termasuk pembungkusan khas dengan rekaan seperti blind box sebenar.

SAYS.com
Image via @cgarnwasabi (Instagram)

Kek kejutan dalam kotak ini akan hadir di JAM PJ

Satu acara kedai-kedai pop-up yang dianjurkan oleh The Messy Club dan Sukaria Market akan bermula pada 30 Oktober ini sehingga 1 November.

SAYS.com
Image via @cgarnwasabi (Instagram)

Selain daripada kek blind box dari LinLin cake, banyak lagi barangan lain akan terjual di sana.

Jika anda menyukai barangan dan makanan comel, anda boleh pergi ke acara Bloomphoria 2.0 yang akan dihadiri oleh lebih 80 kedai!

SAYS.com
Image via @sukariamarket & @themessyclub (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS