Khairul Aming Perkenal Sambal Nyet Bilis, Janji Rasa Berbeza & Lebih Kick!
Sedia 'battle' mulai 7 Ogos ini!
Cover image via Rasapop / FacebookFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setelah penantian 6 tahun, akhirnya Khairul Aming telah melancarkan produk sambal yang baharu
Dinamakan Sambal Nyet Bilis, ini adalah sambal terbaru dari siri Nyet dari Khairul Aming (KA) dengan rasa yang berbeza, lebih 'kick' dan menggunakan lebih banyak bahan.
Pengumuman ini telah dibuat di serata media sosial Khairul Aming dan kali ini dengan video trailer yang memaparkan produk dan asal-usul semua bahan baharu yang digunakan untuk Sambal Nyet Bilis. Ini adalah produk yang keempat selepas Rendang Nyet Berapi.
"Sepanjang 6 tahun kita berniaga kita cuma ada satu jenis sambal sahaja," kata Khairul Aming.

Semua bahan-bahan disumberkan daripada orang tempatan
Paling menakjubkan semua bahan-bahan yang digunakan disumberkan dari beberapa tempat di Malaysia.
Perkara ini menunjukkan Khairul Aming bersedia dan sentiasa membantu semua peladang, penternak dan nelayan tempatan.
Dari perairan di Terengganu, ladang di Selangor sehingga kilang di Kota Bharu, KA membawa kita menjelajah demi mencari bahan tempatan terbaik untuk produk terbarunya ini.
Bagi ikan bilis, pasukan Khairul Aming telah menjelajah ke Setiu, Terengganu untuk melihat bagaimana nelayan tempatan turun je laut.

"Seawal lepas subuh, kita dah berangkat ke tengah laut untuk kenal pasti beberapa hotspot tempat ikan bilis berkumpul," ujar Khairul Aming.
Menurut KA, apabila turun ke laut kita dapat lebih menghargai betapa sukarnya nelayan-nelayan ini untuk menangkap ikan bilis yang selalu dipandang biasa sahaja oleh orang ramai.
Ikan bilis tersebut kemudian digoreng sehingga rangup sebelum dimasukkan ke dalam sambal.

Berbeza dengan Sambal Nyet yang sebelum ini, sambal kali ini akan menggunakan majoriti cili hijau berbanding cili merah.
Untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai cili, pasukan KA telah pergi ke ladang cili di Banting, Selangor untuk melihat bagaimana petani tempatan kita menghasilkan cili berkualiti.
"Sebab utama KA menggunakan cili hijau sebab nak dapatkan pedas yang lebih lembut yang lagi berlemak dan lebih wangi," ujar KA.

Untuk resipi kali ini, Sambal Nyet Bilis akan menggunakan 75% cili hijau dan 25% cili merah. Untuk menambahkan rasa umami, tomato segar, daun limau purut dan belacan juga ditambah.
Sambal ini dihasilkan di kilang utama Kota Bharu, Kelantan. Tiga buah kilang ada di sana, di mana mereka dapat menghasilkan lebih daripada 12,000 botol sambal setiap hari.


Menurut KA, lebih daripada 100 anak tempatan telah diambil untuk bekerja di kilangnya sejak 6 tahun lalu dan mereka setia berkhidmat untuk menyebarkan produk-produk sambal KA.
"Jadi inilah dia, produk terbaru Khairul Aming, diinspirasikan dari rasa tempatan, dibuat menggunakan bahan tempatan, dihasilkan oleh anak tempatan untuk dinikmati satu dunia," ujar KA.
Penjualan Sambal Nyet Bilis akan dibuka dengan 125,000 botol dan dilancarkan pada Jumaat, 7 Ogos pada 9 malam di TikTok Khairulaming.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


