x

makan

Lebih 11K 'Shares', Ini Resepi Sotong Goreng Tepung Asli Yang Senang & Sedap

Ini baru sotong goreng tepung yang sebenar!

Cover image via Nurul Faidha (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa peminat sotong dekat sini? Antara masakan yang digemari pasti sotong goreng tepung bukan?

Image via GIPHY

Rasa kenyal yang fresh dan rangup memang buatkan anda tak berhenti makan. Bayangkan cicah dengan sos cili. Fuh, chef kiss!

Kebiasaannya kalau di sesetengah kedai, mereka mesti hidangkan sotong goreng tepung seperti cucur dengan tepungnya yang berlebihan. Hm, hampa bukan? Sebenarnya senang je nak buat sotong goreng tepung sendiri di rumah.

Jom follow resepi yang dikongsikan oleh Nurul Faidha di laman Facebook.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Sotong
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung Bestari 
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1 sudu kecil black pepper

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua jenis tepung, garam dan black pepper dalam satu mangkuk. Gaul rata.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk berasingan.
3. Salutkan sotong dengan telur. 
4. Kemudian, salutkan sotong tersebut dengan tepung berkali-kali.
5. Panaskan minyak menggunakan api kecil.
6. Gorengkan sotong yang telah disaluti tepung sehingga perang keemasan.

Siap dah sotong goreng tepung yang rangup, sedia untuk dihidang!

Sungguh menyelerakan bukan? Tunggu apa lagi, jom try!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi yang senang lagi?