makan

Lebih 2k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Puding Karamel Paling Senang Guna Roti Je!

Puding Roti Karamel ini hanya menggunakan 5 bahan je tau. Simple tapi sedap!

Cover image via Qaseh Dhia / Facebook

Cakap sahaja tentang puding karamel, pasti kecur air liur dan perut juga pasti berbunyi kerana kelaparan

Image via giphy.com

Memang tidak boleh dinafikan yang pencuci mulut ini digemari ramai kerana rasanya yang begitu nikmat. Kombinasi sos gula hangus dan puding vanila yang lemak berkrim memang sangat luar biasa!

Tetapi tahukah anda, resepi ini juga boleh dihasilkan dengan menggunakan roti. Sama ada anda ingin berjimat cermat ataupun mahu menggunakan lebihan roti, resepi ini sangat sesuai untuk anda. Hasilnya juga tidak jauh beza dari resepi puding karamel sebenar. Wajib cuba!

Untuk resepi Puding Karamel yang simple dan dijamin sedap, ikuti perkongsian resepi pengguna Facebook Qaseh Dhia yang telah mendapat sebanyak 2k shares!

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan sos karamel

  • 6 sudu gula pasir
Bahan puding
  • 5 keping roti 
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila

Ikuti cara-cara membuatnya pula:

  1. Dalam kuali, panaskan gula pada api yang perlahan sehingga menjadi keperangan. 
  2. Masukkan gula ke dalam loyang atau bekas puding karamel.
  3. Kemudian, kisarkan semua bahan-bahan puding ke dalam mesin pengisar.
  4. Masukkan ke dalam loyang karamel yang berisi sos karamel tadi.
  5. Kukuskan puding karamel selama 20 minit atau sehingga sudah tidak cair lagi.
  6. Apabila puding karamel sudah siap dikukus, terbalikkan ke atas pinggan dan sejukkan sebelum dihidangkan.

Apabila puding roti karamel sudah siap, inilah hasilnya. Sama sahaja dengan resepi puding roti sebenar tetapi lagi mudah dan senang untuk dihasilkan!

Sumber resepi: Qaseh Dhia

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi roti yang simple di sini:

You may be interested in: